Bab 3
RYAN DANIEL menghentak mejanya dengan kasar sehingga membuatkan pekerja
lain terkejut. Dia merengus kasar sambil menjeling pekerjanya. Dia tidak kisah
apabila diperhatikan oleh pekerja lain yang penting hatinya sakit tika ini. Hatinya
menyumpah seranah ke arah perempuan yang melanggarnya tadi.
“Memang bodoh perempuan tu. Boleh pulak dia tenang giler! Sial betul!”
Jeritnya macam orang gila. Dia mencampak segala kertas yang berada di atas
mejanya. Nasib baik Tan Sri Yusof belum masuk ke pejabatnya.
Ryan Daniel berjalan menuju ke pintu lalu membukanya dengan kasar. Habis
pekerja bahagian designer itu berlari lintang pukang. Ryan Daniel sudah
merenung mereka yang berlari itu dengan pandangan tajam. Kemudian menjerit
memanggil nama seseorang.
“Kamal!!”
Kamal yang sedang minum di pantri terus tersembur keluar apabila di
panggil oleh bosnya. Tidak tentu hala dia berlari untuk mendapatkan bosnya itu.
Sesekali dia terbatuk-batuk kerana tersedak. Alahai, kasihan pula si Kamal ni.
Kamal berdiri di depan Ryan Daniel sambil menutup mulutnya kerana menahan
batuk. Ryan Daniel sudah memandangnya. Macam nak telan orang pun ada.
“Ada apa encik Ryan Daniel?” Soal Kamal apabila batuknya sudah reda.
Sesekali dia berdehem kecil untuk menghilangkan ketidak selesaan.
“Aku nak kau hantar kereta aku sekarang jugak!” Arah Ryan Daniel sambil membaling
kunci keretanya. Kelam-kabut Kamal menyambut kunci keretanya.
“Nak hantar dekat mana encik Ryan?” Soalnya polos.
“Nak hantar dekat mana lagi?! Takkanlah kat hospital?!” Berang Ryan
Daniel. Ish… Ish… Ish… Macamlah si Kamal tu tahu yang kereta dia dah nazak.
Memang bengaplah si Ryan Daniel ni.
Kamal yang terpinga-pinga mendengar butir bicara Ryan Daniel itu, terus
sahaja mengangguk-angukkan kepalanya tanda mengerti. Walaupun pada zahirnya dia
tidak mengerti. Takut bosnya itu memakannya nanti. Tak ke naya tu?
“Sebelum kau pergi aku nak kau call pak cik Hussin, suruh dia hantar
kunci kereta aku yang satu lagi. Faham?!” Ujar Ryan Daniel kepada Kamal.
“Okay bos!” Balas Kamal kemudian berlalu pergi.
Setelah semuanya selesai, Ryan Daniel masuk semula ke dalam bilik
pejabatnya dan sekali lagi dia menghempaskan pintunya menyebabkan pekerjanya
kembali menoleh ke bilik pejabatnya. Mahu tercabut pun ada pintu itu cik abang
oii!
KAMAL membuka
pintu kereta Ryan Daniel kemudian dia masuk ke dalam perut kereta. Tetapi Kamal
keluar semula apabila dia terlihat sesuatu di belakang kereta Ryan Daniel. Dia
mengundurkan badannya untuk melihat.
Kamal melopong seketika apabila melihat kereta Ryan Daniel yang kemik
teruk. Dia ni langgar tiang ke kereta? Dia berbisik di dalam hati. Dia melihat
sekali lagi kereta Ryan Daniel yang sudah nazak itu sebelum ketawanya meletus.
“Hahaha! Patutlah menyinga mamat tu, rupanya kereta dia sakit teruk.
Hahaha!! Tak menahan aku!” Dia memegang perutnya apabila tawanya tidak
berhenti.
Dia menyeka sedikit air matanya yang keluar akibat ketawa sambil berkata,
“Baiklah kereta. Jom kita pergi hospital, nanti tak pasal-pasal mengamuk pula singa
itu.” Sempat lagi Kamal mengutuk bosnya sebelum mengeluarkan telefon bimbit
dari pocket seluarnya untuk menghubungi pak cik Hussin merangkap driver
papanya.
Selesai sahaja Kamal menghubungi pak cik Hussin, dia terus membawa kereta
Ryan Daniel untuk di rawat. Bukan manusia saja yang mendapat rawatan, kereta
juga ok!
LIYANA yang
sudah sampai di bilik pejabatnya sudah menghempas mejanya beberapa kali akibat
ketawa sakan. Hilang seketika perjanjian yang di buat olehnya dengan Danisha.
Kalau Danisha tahu mahu di pukul Liyana ni sampai lebam sebab tak tahu nak
menepati janji langsung.
“Allahu Akhbar!! Ya Allah, kau redakanlah tawa ku ini. Haish! Tak menahan
aku! Hahaha…” Gelak Liyana sambil menyembamkan wajahnya ke permukaan meja.
“Senak pulak perut aku ni kalau teringat peristiwa mamat tu. Hahaha…”
Ujarnya lagi sambil menyeka sedikit air matanya yang keluar kemudian mengambil
kertas kerjanya yang berjuntaian di laci mejanya untuk di layangkan ke atas,
ala-ala kelopak bunga berguguran dari atas sebelum menyambung menghempas
mejanya. Memang sewel si Liyana ni.
Sally yang baru masuk ke bilik
pejabat Liyana sudah terkejut melihat bosnya yang menghempas meja beberapa
kali. Risau pula hatinya apabila melihat bosnya berperangai begitu. Nasib baik
Liyana tidak terlihat Sally yang masuk ke bilik pejabatnya. Hajat dia hendak
menyampaikan sesuatu yang penting pun terbantut gara-gara melihat perangai
ngeri bosnya. Dahlah bilik pejabatnya bersepah dengan kertas. Hati Sally
berkata dalam kerisauan.
Tanpa membuang masa Sally terus keluar daripada bilik pejabat Liyana
untuk menghubungi Danisha. Sampai sahaja di mejanya, dia terus menekan nombor
Danisha sambil menggigit ibu jarinya.
“Helo Danisha. Huh, nasib baik kau angkat panggilan ni. Ni hah, aku nak
bagitahu kau yang bos aku…” Terputus bicara Sally apabila Danisha terlebih
dahulu memotong percakapannya.
“Kenapa dengan Liyana? Cakap dengan aku cepat.” Ujar Danisha yang agak
tergesa-gesa. Jelas menandakan nada suaranya yang risau. Sally mencebir apabila
kata-katanya di potong.
“Aku risaulah tengok bos tu. Dia ketawa sakan, siap membaling kertas
kerja lagi! Habis bersepah bilik dia.” Terang Sally.
“Ok Sally! I’m on my way. Thanks for the info. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Tiga puluh minit kemudian, Danisha datang ke tempat yang di tuju. Dia
berlari sambil membimbit beg yang berisi dengan ubat-ubatan dan peralatan
kesihatan. Sampai sahaja ke tingkat sepuluh dia terus berlari mendapatkan
Sally.
“Kat mana dia sekarang?” Tanya Danisha yang jelas tercungap-cungap.
“Jom. Dia kat dalam bilik.” Beritahu Sally kemudian mereka masuk
bersama-sama.
Terhenti tawa Liyana apabila pintu pejabatnya di tolak kasar. Dia
menaikkan sedikit keningnya. Apahal pula si Danisha ni datang, siap bawak
peralatan dia lagi. Oh, aku baru ingat. Aku ada appointment dengan minah ni.
Alahai, lupa pulak. Aaah! Alang-alang dia ada ni, teruskan je lah cik Danisha
ya? Tak lah aku penat drive kat hospital tu. Kata Liyana di dalam hati. Haih,
Liyana ni. Biasa orang buat appointment dekat hospital, ini tak kat dalam
pejabat! Memang pelik!
“Kau ok ke Liyana?” Soal Danisha sambil menghampiri Liyana. Sally hanya
berdiri di muka pintu.
“Aku ok. Malahan boleh bernafas lagi. Belum mampus lagi Danisha,” Ujarnya
tenang sambil merenung Sally dengan renungan yang tajam. Gulp! Sally menelan
air liurnya. Habislah aku. Bisik hati Sally.
“Ini mesti kerja Sally kan?” Sambungnya lagi. Mata Liyana tidak lari
daripada merenung Sally. Sally hanya tersengih untuk menutup rasa takutnya.
Liyana mengangguk-anggukkan kepalanya sambil bermain dengan jarinya. Danisha
risau melihat perbuatan Liyana.
“Liyana…” Panggil Danisha. Liyana menoleh ke arah Danisha dengan muka
toya.
“Sally… boleh keluar tak? Aku nak check Liyana kejap. And… kalau ada
orang nak jumpa Liyana kau jangan benarkan masuk dulu.” Ujar Danisha kemudian
kelihatan Sally terus keluar daripada bilik bosnya tanpa banyak bantahan.
“Oh ya, tak apa kan kalau aku mengarahkan Sally tanpa keizinan kau?”
Tanya Danisha kepada Liyana pula. Liyana tersenyum sinis.
“Suka hati kau lah nak suruh apa-apa pun. Aku tak kisah.” Fuh, ayat
Liyana tu. Macam tak kisah je. Kalau bos lain memang dah kena Danisha ni.
“Ok Liyana, aku nak kau duduk dekat sofa tu.” Arah Danisha kepada Liyana.
Liyana sudah tidak senang duduk. Nak saja dia keluar daripada bilik ini. Tetapi
terkenangkan perjanjian Danisha, terpaksa juga dia turutkan.
“Sebelum kau buat apa-apa terlebih dahulu, aku cerita dulu benda ni dekat
kau.” Ujarnya sambil tersenyum. Sebagai doktor, Danisha hanya memerhati Liyana
sebelum mengangguk memberi keizinan untuk menceritakan isi hatinya. Memang itu
sikap Danisha, yang akan mendengar beberapa cerita daripada pesakitnya sebelum
membuat apa-apa.
Mental illness. Ya. Itulah yang di hidapi oleh Liyana selepas kehilangan ibunya.
Danisha hanya menahan perasaan sedihnya daripada kelihatan. Kasihan Liyana yang
sedang menghidap penyakit schizophrenia.
Danisha kembali menatap wajah ceria Liyana.
“Kau tahu tak? Tadi aku terlanggar kereta mamat ni. Fuh! Bukan main
banyak songeh mamat tu, siap bagi ugut lagi,” katanya dengan penuh ceria.
Danisha sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedihnya.
“Lepas tu?” Tanya Danisha berpura-pura ingin tahu tetapi otaknya sedang
ligat mencari solusi untuk penyakit sahabat baiknya itu.
“Aku cakaplah, yang ayat dia tu klise sangat. Dia pun sakit hatilah. And…
paling aku panas hati dia suruh aku ganti rugi! Aku tak nak, tapi dia tu banyak
cakap sangat, terus aku panggil dia syaitan! Memang kena dengan muka dia!
Hahahaha!!!” Liyana ketawa terbahak-bahak. Danisha pula hanya tersenyum. Bab
gaduh memang dia yang punya. Bisik hati Danisha.
“And paling buat aku sakit hati sekali adalah, kereta kesayangan aku tu
dah buruk rupa dia!! Aku nak kau ganti rugi memandang masalah ni berpunca
daripada kau!!” Liyana menadah tangannya kepada Danisha. Perasaan kasihan
Danisha sudah terbang meninggalkannya apabila dituduh oleh Liyana. Memang nak
kena pelempang minah ni! Jerit hati Danisha.
Danisha menepis tangan Liyana, “Apasal pulak aku?!” Marah Danisha.
“Sebab kau menjerit masa kau nak tutup telefon tu, dan pada masa tu jugak
aku tertekan lebih pedal minyak tu!” Beritahu Liyana. Danisha mencebik. Keadaan
kembali sunyi sepi.
“Kau dah makan ubat ke?” Tanya Danisha.
Liyana hanya menggelengkan kepalanya. Aku dah fade-up dengan ubat, kau
tahu tak?! Bentak hati Liyana. Dia menjeling Danisha.
“Balik rumah nanti aku nak kau makan ubat. Kau jangan tak makan pula,”
Danisha sudah memberi arahan kepada Liyana yang sedang bersiul kesenangan.
“Sudah lama aku tak tengok kau menangis. Dah berapa lama?” Tanya Danisha.
Dia menggunakan psikologi yang biasa dipakai oleh doktor kepada Liyana.
Liyana memegang pipinya sambil melihat wajah Danisha. Kemudian dia
mengeluh.
“Entahlah Danisha. Kali terakhir aku menangis, masa mama tinggalkan aku
buat selama-lamanya. Wohoho, lama jugak tu beb!” Dia menepuk bahu Danisha
dengan kasar.
“Tak pe, kalau aku ada nangis nanti. Aku akan call kau.” Sambungnya lagi.
Memang psiko Liyana ni! Danisha sudah merengus kasar. Aku betul-betul, dia pulak
yang main-main. Dongkol hati Danisha kegeraman.
Tiba-tiba Liyana menekan butang interkom. Ada sesuatu yang hendak
disampaikan kepada Sally.
“Yes bos?” Aik? Sejak bila pula Sally ni sopan. Biasa dia, selalu saja
sakitkan hati aku. Dah insaf ke? Jahat sungguh hati Liyana berbisik.
“Masuk!” Arah Liyana sepatah kemudian menekan butang interkom.
Beberapa saat kemudian, muka Sally terjengul. Dia melangkah masuk
kemudian menuju ke meja Liyana.
“Kejap.” Ucap Liyana kepada Sally. Liyana segera mengambil kertas yang
berada di atas mejanya. Dia menulis sesuatu sebelum diserahkan kepada Sally.
“Aku nak kau cari budak ni.” Ucapnya lagi. Sally membaca kertas yang
diberikan oleh bosnya sebelum mengangguk tanda mengerti.
“Oh ya bos, next week, on Monday, bos ada annual dinner dengan Syarikat
Lifesta.” Beritahu Sally.
“Ok. You may go now.” Sally mengangguk kemudian berlalu pergi.
“Aku pun dah nak pergi ni. Jangan lupa makan ubat.” Danisha berkata.
“Kau tak payah risau. Sebotol tu jugak aku boleh habiskan malam ni.”
Sengih Liyana. Danisha memandangnya dengan pandangan yang tajam.
“Kau jangan nak buat kerja gila Liyana!” Marah Danisha sambil mencubit
lengan Liyana. Kebetulan pulak tangan Liyana berada di atas meja. Dia mengaduh
sakit.
“Mak ketam!” Kutuk Liyana. Kemudian pecah tawa mereka berdua.
“Oklah. Aku blah dulu. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Danisha melambaikan tangannya ke arah Liyana. Liyana membalas. Huh, nasib
baik penyakit schizophrenia Liyana masih di peringkat awal. Ya Allah, kau sembuhkanlah
kawanku. Dia sudah cukup menderita. Doa Danisha di dalam hati kemudian mengeluh
lemah.
No comments:
Post a Comment
Tunggu kejap. Komen sikit boleh tak? Hehe...