Selamat datang ke blog saya... Welcome to my blog... Bienvenue sur mon blog...

MY FOLLOWERS

Thursday, 5 February 2015

Cinta CEO Psycho 2



Bab 2

RYAN DANIEL merupakan designer syarikat milik ayahnya iaitu Syarikat Lifesta yang telah lama berkembang maju. Kedudukan Syarikat Lifesta ini adalah di tempat kedua di mata dunia dan sedang bersaing dengan Syarikat Fashionista.

Ryan Daniel mengetuk mejanya beberapa kali dengan menggunakan penselnya. Fikirannya melayang sementara. Alahai, mamat ni nak berangan je kerja dia. Sekali bapak dia tengok, mahu di tolak kepala itu beberapa kali. Hah, masa itulah baru nak sedar si Ryan ni. Ops! Maaf, penulis pula yang lebih.

“Macam mana boleh syarikat Fashionista tu dapat ranking pertama sedangkan company tu baru je tertubuh. Syarikat papa ni pula dah bertahun-tahun berkembang, tapi asyik dapat rank nombor dua je.” Gumam Ryan Daniel seorang diri dan tanpa disedari seseorang sedang melihatnya dari pintu kaca bilik pejabatnya sambil tersenyum.

Tan Sri Yusof masuk ke dalam bilik pejabat anaknya apabila Ryan Daniel tidak memberikan sebarang respons.

“Well, nampaknya anak papa ni sudah jauh termenung agaknya, sampaikan papa datang pun tak perasan,” ujar Tan Sri Yusof seraya tangannya memukul lembut bahu anaknya. Ryan Daniel terpinga-pinga apabila ada tangan menyentuh bahunya kemudian menoleh.

“Apa dia papa? Ryan tak dengar.” Soalnya sedikit kalut. Tan Sri Yusof hanya tertawa kecil melihat perangai anaknya.

“Nothing. Ryan tengah fikir apa? Girlfriend ke?” Usik Tan Sri Yusof sambil memandang wajah anaknya. Laju sahaja Ryan Daniel menggeleng-gelengkan kepalanya apabila Tan Sri Yusof menyebut perkataan ‘girlfriend.’ Ceh! Girlfriend aku pun sudah dikebas oleh orang lain. Buat sakit hati aku saja! Bentak Ryan Daniel di dalam hati.

“Ryan tak ada girlfriend.” Dengan tegas Ryan Daniel menyudahkan ayatnya sambil melihatkan wajahnya yang sedikit tegang.

“Tak ada? Aik, hari tu bukan main asyik berkepit je. Apa dah jadi ni Ryan?” Tan Sri Yusof merenung anaknya sehingga membuatkan Ryan Daniel tidak selesa. Tidak selesa? Dah macam suami isterilah pulak mereka berdua ni.

“Dah putus.” Pendek sahaja jawapan yang diberikan oleh Ryan Daniel kepada papanya sekaligus memberikan penjelasan. Tan Sri Yusof mengerutkan dahinya tanda tidak puas hati dengan apa yang didengarnya sebentar tadi.

“Tapi kenapa Ryan?” Tanya Tan Sri Yusof  sedikit hairan kepada anaknya.

“Mungkin dah mampus agaknya minah tu!” Tanpa Ryan Daniel sedari dia sudah melepas cakap kerana hatinya yang panas. Apabila menyedari yang dia sudah terlepas cakap, segera Ryan Daniel menekup mulutnya. Fuh, lancang sungguh mulut Ryan Daniel ni berkata-kata. Memang tak ada insurans langsung.

Tan Sri Yusof yang tercengang melihat Ryan Daniel itu segera memukul bahu anaknya sekali lagi. Tetapi kali ini pukulan itu sedikit kuat. “Tak baik Ryan cakap macam tu. Walau seburuk mana girlfriend Ryan tu, janganlah sampai mengata girlfriend Ryan dengan perkataan mampus. Silap hari bulan Ryan pula yang mampus nanti. Nauzubillah. Papa tak nak meraung siang malam gara-gara memikirkan Ryan.” Panjang lebar Tan Sri Yusof memberi ceramah free kepada anaknya itu.

Berubah terus wajah Ryan Daniel apabila diberi ceramah percuma oleh papanya. “Papa nak apa sebenarnya ni?” Ryan Daniel segera menukar topik perbualannya. Malas dia hendak melayan papanya yang bertanyakan tentang girlfriend-nya itu. Buat panas hati aku adalah! Marah Ryan Daniel yang meluap-luap di dalam hatinya.

“Nak tukar topiklah tu,” usik Tan Sri Yusof. Ryan Daniel hanya menjeling papanya. Berapi pulak hati aku ni! Katanya di dalam hati. Sakit hatinya ketika ini. Duh! Berapi bagai pula hati si Ryan ni. Kalau berapi, habis rentunglah hati cik abang oii, silap haribulan tak bernafas gamaknya.

“Whatever!” Ryan Daniel sudah berdiri daripada meja kerjanya. Dia mengerling jam di tangannya. Daripada aku layan papa ni, baik aku pergi melantak! Bentak Ryan Daniel di dalam hati. Tan Sri Yusof tertawa kecil melihat gelagat anaknya kemudian mengatur langkah untuk mengejar anaknya yang menonong laju ke depan.

“Tak payahlah nak panas hati bagai wahai puteraku. Actually, papa menerjah masuk ke dalam office Ryan tadi tu cuma nak bagitau, yang kita ada dinner dengan CEO syarikat Fashionista tu.” Terang Tan Sri Yusof kepada anaknya serasa membuatkan langkah Ryan terhenti apabila mendengar nama syarikat Fashionista itu. Hmm… menarik!

“When?” Soalnya sepatah sambil membuka tali lehernya. Al-maklumlah, dah tengah hari. Kenalah buka tali leher tu, nanti tak pasal-pasal payah pula si Ryan ni nak makan.

“Next week on Monday. Okaylah, papa pergi dulu. Nanti bising pula mama kamu kat rumah tu.” Ujar Tan Sri Yusof. Tan Sri Yusof sudah maklum akan perangai anaknya yang tidak mahu makan tengah hari bersama di rumah walaupun sudah diajak beberapa kali olehnya. Apabila diajak anaknya itu, beribu alasan pula yang diberi oleh Ryan Daniel. Katanya, senang sikit dan cepat datang ke tempat kerja. Tak payah nak tunggu jammed bagai. Huh! Alasan je tu.

Tan Sri Yusof menepuk bahu anaknya beberapa kali sebelum melangkah pergi meninggalkan anaknya keseorangan. Manakala, Ryan Daniel pula sibuk memikirkan CEO Fashionista itu kerana dia sendiri belum tahu siapa pemilik syarikat itu. Adakah perempuan ataupun lelaki. Yang dia tahu, pemilik syaikat itu terlalu muda. Itupun dia hanya mendengar daripada mulut orang lain. Ok, the curiosity kills me! Ujarnya di dalam hati.

Beberapa saat kemudian, Ryan Daniel kembali meneruskan langkahnya kerana perutnya yang lapar itu sudah memberi arahan meminta di isi. Sampai sahaja di tempat letak kereta, dia terus sahaja masuk ke dalam perut kereta kemudian menghidupkan enjin keretanya dan berlalu pergi membelah jalan raya.


LIYANA mengemaskan mejanya yang penuh dengan kertas kerjanya itu sambil menekan butang intercom yang menghubungkan dia dengan Sally.

“Hello, Sally. Aku nak kau masuk sekarang jugak.” Liyana sudah memberikan arahan kepada setiausahanya itu. Sally yang makan roti di mejanya sudah mencebik. Manakala Liyana pula sudah pening dengan kertas kerja di tangannya. Aduh! Banyak pula kertas ni, nak aje aku bakar semua ni. Aaah! Simpan je kat sini, habis cerita. Rungutnya seorang diri seraya menyumbat kertas kerjanya ke dalam laci mejanya. Habis berjuntaian kertas kerjanya. Memang gila si Liyana. Tak sayang dengan kerja sendiri.

“Bos berhajatkan? So boslah yang kena menghadap saya,” ujar Sally sambil berusaha menahan tawanya. Suka benar dia melihat bosnya marah. Sebenarnya si Sally ni belum kena lagi. Kalau dia kena buang kerja oleh bos tersayangnya itu, mahu meraung si Sally ni meminta maaf. Hah, masa itulah baru dia nak sedar yang dia sudah terlebih.

“Aku tak ada masa nak bermain dengan kau! Aku nak kau masuk sekarang jugak!!” Jeritnya kegeraman sambil menekan butang interkom. Susah juga dapat setiausaha bebal ni ya? Bentak Liyana di dalam hatinya. Aku rasa si Sally ni memang nak mampus di tangan aku agaknya, bisik hatinya lagi. Di dalam otaknya sudah terbayang dia sedang membunuh Sally dengan kejam sambil di iringi dengan sengihan jahat. Aik? Tak takut kena sumbat dekat dalam penjara ke cik Liyana oii?

Sally yang berada di luar sudah tergesa-gesa hendak masuk ke dalam bilik pejabat bosnya. Di dalam hatinya sudah berdebar gila kerana sudah membuatkan bosnya naik angin. Tulah Sally, akibat nak main sangat dengan api, nilah padahnya.

Terketar-ketar tangan si Sally hendak mengetuk pintu bilik bosnya. Huh, tenang Sally. Bos tu kan manusia jugak macam aku. So buat apa nak takut sangat dengan bos tu? Sama-sama makan nasi kan? Sally berbicara di dalam hati untuk menenangkan hatinya yang gundah-gulana. Dia menarik nafas sedalam yang mungkin kemudian menghembuskan semula. Harap-harap aku tak di buang kerja. Doa Sally di dalam hati.

Beberapa minit kemudian terdengar bunyi ketukan pintu dari luar. Liyana yang sibuk mengemas kertas kerjanya terhenti seketika sebelum melaung masuk macam orang gila untuk menyuruh masuk ke dalam bilik pejabatnya. Terjengul muka si Sally apabila di benarkan masuk. Sally hanya tersengih melihat bosnya sebelum berjalan menuju ke meja Liyana. Liyana sudah melihat Sally dengan pandangan yang tajam.

“Bos marah ke?” Tegur Sally kepada bosnya. Liyana merengus kasar.

“Aku tak marah syaiton!” Balas Liyana dengan ton suara yang sederhana besar sambil tersenyum. Sally hanya menelan air liurnya yang terasa pahit. Kalah ubat penadol yang pahit apabila dikunyah! Habislah aku. Kata Sally di dalam hati.

“Saya mintak maa…” belum sempat Sally meminta maaf, sekali lagi Liyana sudah memandangnya dengan tajam.

“Aku tak nak dengar kau mintak maaf. Buang masa aku aje. Aku nak kau letak…” kata-kata Liyana terputus apabila Sally sudah berlari mendapatkannya. Sally memegang kaki Liyana sambil menahan tangisnya. Liyana yang terkejut dengan tindak-tanduk Sally itu terus sahaja merengus kasar sambil meramas shawlnya dengan kasar. Nasib baik tak senget dia punya shawl itu.

“Bos, tolonglah saya. Saya tak nak letak jawatan. Macam mana saya nak bagi makan keluarga saya kat kampong tu. Uwaaa…” Sally sudah menangis bagaikan orang kehilangan suami. Agak-agak kalau aku tendang perut si Sally ni, menyeringai ke dia? Tanya Liyana bersendirian. Memang kejam pemikiran CEO ni.

“Heh, Sally! Aku bukannya suruh kau letak jawatan. Aku hanya suruh kau letak apa-apa benda penting kat dalam buku diari aku ni saja! Dah, dah! Aku nak keluar makan! Tak ada masa aku nak tengok drama sketsa murahan ni. Tepi!” Terus berubah riak wajah si Sally apabila mendengar luahan bosnya. Ceria tak terkata. Liyana hanya mencebikkan bibirnya. Huh! Macamlah aku suruh dia  letak dadah. Menangis macam orang gila! Kutuk Liyana.


NOMBOR telefon milik Danisha di tekan kemudian Liyana tekapkan telefon bimbitnya ke telinga. Hampir dua minit dia menunggu panggilan itu dijawab tetapi tidak jugak diangkat. Ini sudah lebih Danisha. Bentak Liyana. Memang Liyana ni tidak penyabar orangnya.

Dia berputus asa apabila panggilan tidak berjawab. Dah mampus ke minah tu? Hehehe.. jadi tak payahlah aku buat appointment dengan dia. Bisik hati Liyana kesenangan. Memang gila betul si Liyana ni. Sanggup dia kata si Danisha tu dah mampus. Memang tak tahu diuntung langsung Liyana ni.

Apabila Liyana ingin memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya, tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berdering meminta diangkat. Dia melihat screen telefon bimbitnya. Terus berubah riaknya, daripada senang hati kepada tidak senang. Dia mengeja satu persatu huruf yang tertera di screen telefon bimbitnya. D-A-N-I-S-H-A. Dia mencebik.

“Helo!” Sapa Liyana.

“Well done Liyana! Aku suruh kau telefon aku masa kau habis bertengkar dengan Sally. Tapi tengah hari ni juga kau telefon ya? Wow! Tepat sungguh kau ini kan? Kenapa tak lusa aja kau telefon aku?” Perli Danisha. Panas hati Danisha apabila teringatkan yang dia menyuruh Liyana untuk menghubunginya.

“Kau tahu tak Nisha. Ini dah kira cukup bagus tau aku telefon kau ni!” Tutur Liyana dengan selamba. Danisha hanya mencebik.

“Dah cukup bagus kepala otak kau! Dah, dah! Aku nak letak ni. Kau jangan lupa pula appointment dengan aku,” ujar Danisha. Liyana yang mendengar bicara Danisha sudah muak dengan perkataan ‘appointment with doctor Danisha.’ Asyik, asyik appointment! Rungutnya di dalam hati seraya memakirkan keretanya di tempat letak kereta. Hah! Baguslah tu Liyana. Satu tangan pegang telefon bimbit. Satu tangan lagi pegang steering kereta. Memang padanlah dengan muka dia tu kalau terlanggar sesuatu. Tak fokus langsung.

“Aku tahulah mak cik!” Kata Liyana sambil berusaha memakirkan keretanya.

“Good! Assalamualaikum!” Dengan senghaja, Danisha sudah menjerit kecil di hujung talian sebelum memutuskan talian. Ketawa besar Danisha kerana dapat membalas dendam. Kau rasalah Liyana. Hari tu bukan main lagi kau menjerit dekat Sally tu. Bisik hati kecil Danisha.

Liyana yang sibuk memakirkan keretanya sudah terkejut sakan, “Oh mak engko gila!” Dia melatah dan dalam pada masa yang sama dia tertekan lebih pedal minyak sehingga terlanggar sesuatu. Berdentum bunyinya.

“Ya Allah! Habislah kereta aku yang lawa ni.” Laju sahaja dia keluar daripada perut keretanya. Hailah Liyana, biasa orang akan kata, ‘Alamak! Macam mana ni?’ Ini tak lain pula yang keluar daripada mulutnya. Pelik betul minah yang bernama Liyana ni.

Liyana melihat sambil memegang keretanya yang kemik itu. Kemudian matanya beralih kepada benda yang di langgarnya. Okay! Aku dah langgar kereta orang dan orang tu sedang pandang aku dengan pandangan yang tajam! Liyana berkata-kata di dalam hati.

“Aku nak kau ganti balik! Aku tak kira kalau kau ada duit ke tak! Aku tak nak ada alasa…” belum sempat pemuda itu menghabiskan hujahnya, Liyana sudah memandang pemuda itu dengan pandangan selamba badak. Terus pemuda itu merengus. Tak takut ke dia ni? Soal pemuda itu di dalam hati.

“Boleh tahan juga mulut kau ni kan? Banyak cakap!” Ujar Liyana sambil berpeluk tubuh. Liyana memerhati pemuda itu dari bawah hingga ke atas. Hmm.. not bad! Tapi perangai teruk mengalahkan aku. Bisiknya. Sempat juga si Liyana ni mengutuk dirinya sendiri.

“Aku nak kau ganti rugi jugak! Kalau tak aku sa…”

“Saman? Aku bosanlah dengar ayat kau tu. Klise sangat.” Melopong pemuda itu mendengar butir bicara Liyana. Nampak tenang gila minah ni? Gila ke apa?

“Aaah!! Aku tak kira juga. Aku nak kau ganti rugi.” Kata pemuda itu dengan berang.

“Kalau aku ganti rugi kereta kau, kereta aku ni siapa pulak yang nak ganti?!” Ujar Liyana sedikit meninggi. Ini semua gara-gara si Danisha tu. Kalau tak kerana dia, memang benda ni takkan jadi punya! Marah Liyana di dalam hati.

“Eleh, setakat kereta buruk macam ni pun kena ganti ke? Apa susah kau buang aje kat tepi longkang besar tu!” Kata pemuda itu dengan berlagak. Kurang ajar punya jantan! Kereta aku yang lawa ni dia ucap buruk?! Memang ada masalah mata kot lelaki ni! Ada ke mini cooper aku yang kiut-miut ni dilabel buruk! Rengus Liyana.

“Aku tak nak ganti.” Pendek saja si Liyana itu menuturkan bicaranya. Wajah pemuda itu kelihatan merah apabila Liyana berjaya menyakitkan hatinya.

“Kau letak kat mana mata kau tu hah?! Atau jangan-jangan lesen memandu kau tu…”

“Eh syaitan! Kau jangan banyak cakap dengan aku. Tadi aku nak parkirkan kereta aku tu sebab aku jawab panggilan daripada kawan aku. Sebelah pegang phone sebelah lagi pegang steering kereta aku. Dah, dah! Aku tak ada masa nak layan kau sebab perut aku ni dah lapar! Kau ambik dua ribu ringgit ni dan pergi main jauh-jauh!! Faham!!!” Jerit Liyana berpuas hati sambil melekapkan tangannya yang berisi duit dua ribu ringgit ke dada lelaki itu kemudian meninggalkan pemuda itu yang masih terpinga-pinga dengan perbuatan Liyana. Padan muka kau! Kata Liyana di dalam hati.

“Tak guna! Pergi main jauh-jauh? Dia ingat aku ni budak ke? Dahlah dia panggil aku syaitan. Memang psycho betul minah ni! Tak apa. Aku tak akan lepaskan kau kalau aku jumpa kau.” Dendam lelaki itu. Tidak lama kemudian dia memecut laju meninggalkan tempat kejadian. Hilang terus selera makannya.
 

No comments:

Post a Comment

Tunggu kejap. Komen sikit boleh tak? Hehe...