Selamat datang ke blog saya... Welcome to my blog... Bienvenue sur mon blog...

MY FOLLOWERS

Sunday, 14 December 2014

Miss Vampire


Genre: Fantasi.

AKU?? Seorang vampire yang sudah hidup ratusan tahun dan tahun ini aku akan melangsungkan perkahwinanku dengan tunang aku yang bernama Daniel. Hoho, umur ratusan tahun baru nak kahwin, masa umur muda-muda dulu tak nak pula nak sebut pasal kahwin-kahwin ni. Ok! Ayat tak menahan. Tapi apa-apa pun muka aku ni tetap maintain tahu tak?!

Okay, back to the story again. Malam itu aku telah dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan iaitu tentang kehilangan Daniel. Aku pun apalagi, sedih tak terkata beb! Menurut ayahku, David…

David: Kebolehan, menjejaki sesiapa sahaja yang hilang serta boleh membunuh dengan hanya menggunakan perasaannya. Kelemahan pula, David tidak boleh mendengar rayuan daripada isterinya.

…kemungkinan besar Daniel berada di Demon Land yang terletak di atas gunung Snowdev. Mak ai! Jauhnya si Daniel tu. Kalau nak menghilangkan diri tu pun agak-agaklah wei. Sudahlah gunung snowdev tu tebal dengan salji. Mahu beku badan den tahu tak. Fuh! Sempat juga aku ni merungut. Macam tak sayang Daniel saja bunyi dia.

“Ayah nak kamu cari Daniel sampai dapat. Apa-apa perkembangan ayah akan sampaikan kepada kamu melalui Zen.” Ujar ayahku dengan riak mukanya yang risau.

Zen: Kebolehan, bertukar daripada bentuk vampire kepada burung hantu yang berwarna putih untuk menyembunyikan dirinya daripada terancam.

“Baik ayah.” Aku menganggukkan kepalaku beberapa kali tanda faham. Kemudian berlalu pergi untuk mencari Daniel. Maka bermulalah episod pencarian Daniel. Ceh! Boleh tak kalau ayat tu tak payah nak poyo sangat.

BUKK!!

Adoi! Nasib baik tulang-belulang aku ni tak patah, kalau patah kan dah susah. Ayah ni pun satu cubalah bagi aku naik kapal terbang ke, jet pejuang tu ke. Ini tidak suka hati dia saja hantar aku melalui orang suruhan dia tu. Dahlah si Lopey ni main hentam je nak campak aku. Habis belakang aku sakit!

Lopey: Kebolehan, sangat cekap menghantar sesiapa sahaja dan sangat kuat memerangi musuh sehingga mati.

Dengan perlahan-lahan aku berdiri kerana belakangku yang sakit dan menjadi penghalang untuk aku berdiri dengan cepat tetapi terhenti apabila merasakan ada dua pasang mata yang sedang memerhatikan aku dari arah belakang.

“Root devil!” Tegas aku mengarahkan akar-akar daripada tanah untuk mengunci semua pergerakan dua vampire yang datang entah dari mana. Aku tahu mereka adalah golongan vampire kerana aku dapat menghidu darah daripada tubuh mereka. Aku menghadap dua vampire itu dengan senyuman sinis yang terukir di wajahku.

Kelihatan dua vampire itu sedang berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman akar-akar itu. Kau tak akan dapat melepaskan cengkaman akar tu melainkan aku sendiri yang melepaskannya, dengan bangganya aku berkata di dalam hati.

Tidak lama kemudian, perasaan bangga yang berada di dalam diriku hilang berkecai begitu sahaja apabila melihat akar itu diseliputi dengan ais. Apa sudah jadi?

“Glassyice!” Ujar vampire itu. Akar yang diseliputi oleh ais itu sudah pecah berderaian di atas tanah seperti kaca. Aku hanya mampu melihat vampire itu kemudian aku mengalihkan pandangan kepada vampire yang seterusnya.

“Green!” Ucapnya kemudian kelihatan banyak daun-daun hijau mencengkam akar itu dengan kuat. Beberapa saat kemudian, akar itu terputus daripada mencengkam tubuhnya. Woh! Hebat jugak diorang ni. Aku mencebikkan bibirku tanda tidak puas hati.

Aku melihat mereka yang sedang berjalan menuju ke arahku. Aku mula merasa takut dan aku amatlah yakin bahawa warna mata aku sudah bertukar kepada warna emas menandakan aku sangat takut dan terancam. Apabila aku merasa sedemikian aku tidak dapat lagi menggunakan kuasaku sepenuhnya akibat ketakutan.

Aku mengundurkan diri setapak demi setapak apabila melihat mereka semakin menghampiriku. Aku hanya mampu menelan air liurkan yang terasa pahit. Alamak! Matilah aku, bisikku di dalam hati apabila merasakan belakang badanku terkena sesuatu yang keras. Aku memandang sekilas. Pokok. Bingo! Jalan mati.

Mereka berhenti betul-betul di hadapanku sebelum aku menutup mata. Adakah ini kesudahan hidup aku? Aku tertanya-tanya di dalam hatiku. Kemudian membuka sedikit mataku untuk mengintai mereka dan kelihatan salah seorang daripadanya sedang menghunuskan pisau kecil ke arahku kemudian membaling pisau kecil itu ke arahku. 1… 2… 3… Sudah masanya aku menemui ajalku. Selamat tinggal Vampire Land.

Lama aku menunggu pisau kecil itu menusuk ke dalam hatiku. Aik? Lama pula aku tunggu. Ini tak boleh jadi ni. Aku penat-penat berdrama sketsa sedih, tiba-tiba sahaja tidak jadi. Aduhai, memang siot lah aku ni.

“Maafkan kami berdua cik muda kerana membuatkan cik muda takut,” Ujarnya sambil tersenyum segak. Ok, aku ni muda lagi ke? Umur pun dah meningkat naik level seratus pun dikira muda lagi ke? Ini perli ke apa mamat vampire ni. Sudahlah rahsia aku mereka tahu! Buktinya mereka tahu apabila warna mataku berubah setiap masa. Tak guna! Aku sudah membuat gaya menyepak. Ceh! Gaya je lebih aku ni padahal yang aku tendang tu angin. Hampeh.

Aku memandang mereka yang sedang tersenyum melihat gelagatku. Senyum aje mamat vampire ni, sekali aku sumbat dengan kayu pokok tu baru padan muka! Tapi handsome juga diorang berdua ni. Ok, perangai gatal aku dah datang. Rasa macam nak tikam je diri aku ni, tak habis-habis dengan perangai handsome aku ni. Kalau Daniel dengar memang mampuslah jawabnya. Aku mengeluh kecil.

Introduce.” Arahku sepatah kepada mamat vampire itu. Mereka menganggukan kepala tanda mengerti dengan arahan aku.

“Saya Leo dan ini Willi. Cik muda tak pa…” Bicara mereka terhenti seketika apabila aku sudah potong que. Hehe..

“Cik muda… cik muda… boleh tak korang tak payah panggil aku cik muda? Sebab umur aku ni dah mencecah ratusan tahun. Naik bebulu pun ada telinga aku ni.” Kataku dengan bahasa yang tidak formal. Alah, tak payah nak fikir sangat bahasa formal tu. Buat pening kepala je.

“Oh, okay.” Mereka berdua tersenyum.

“Siapa kamu ni sebenarnya?” Hah! Tu dia… ayat direct aku dah keluar. Aku ni bagus sikit orangnya, tak payah nak berbunga sangat kalau nak bercakap atau menyoal tu. Sorry, aku angkat bakul sedikit ya?

Mereka seperti biasa hanya tersenyum melihat aku. Kemudian mamat vampire ni terus sahaja membuat bow di hadapanku. Ok! Gentleman jugak diorang ni. (-__-)  Aaah..! Pedulikan semua tu, yang penting aku mahu tahu siapa diorang ni dan kenapa mereka boleh sampai di sini dan tepat berdiri di hadapanku!

Selesai membuat bow, Willi terus membuka mulut, “Seperti yang cik Venissa lihat, kami di sini adalah atas kemahuan ayah cik Venissa, Mr David.” Terangnya. Oh, ayah punya kerja rupanya. Ceh! Bersepah pulak orang-orang suruhan ayah ni. Maklumlah, pemerintah Vampire Land lah katakan.

“Shall we, cik Venissa?” Soal Leo kepadaku. Aku menaikkan sedikit keningku kerana bingung dengan pertanyaannya. Nak ke mana pulak ni?

Apabila Leo dan Willi melihat wajahku yang kebingungan, terus sahaja mereka menjelaskan bahawa mereka ingin mebawa aku ke suatu tempat untuk ku diami buat sementara waktu sebelum Daniel dijumpai. Ok, aku memang bengap semacam, lambat sangat nak pick-up.

Baru tiga tapak melangkah, tiba-tiba seseorang menarik aku dengan kasar dan membuatkan badanku terkebelakang. Habis semua anak-anak rambutku menutup mataku dan membuatkan aku susah untuk melihat apa yang sedang terjadi. Tak guna betul! Siapa pulak yang tarik aku ni?

“Jangan bergerak cik Venissa. It’s me, Leo.” Terus kaku badanku apabila aku merasakan jarak kami sangat dekat tambahan pula aku dapat merasakan hembusan nafasnya di telingaku. Apabila aku langsung tidak bergerak, Leo menarikku dan membuatkan kedudukan kami semakin dekat. Aku dapat merasakan bahawa aku sedang bersandar di dadanya. Berdebar pulak aku rasa. Wohoho, ini dah lebih ni Leo. Nak saja aku pijak kaki dia ni. Geram pulak aku rasa.

“What happ…” Baru pun aku meluahkan pertanyaan, tiba-tiba sahaja Leo dan Willi membuat teleport sehingga aku terjerit kecil kerana terkejut dengan tindakan mereka yang melulu dan kini kami bertiga sudah bersembunyi di balik pokok yang besar.

Aku sudah menjeling dua mamat vampire itu menandakan aku geram yang teramat sangat kerana suka membuat ‘surprise’ kepadaku. Aku menoleh ke arah mereka yang sedang sibuk memerhati sesuatu sehinggakan kewujudanku pun mereka tidak peduli. Ini sudah lebih bro!

Apabila tahap kesabaranku sudah habis, dengan selambanya aku memijak kaki si Leo memandangkan dia sahaja yang paling dekat denganku. Ok, hajat nak pijak kaki dia sudah tercapai. Manakala si Willi pula terselamat daripada di pijak olehku.

Leo mengaduh sakit seraya memandang aku dengan perasaan geram, “Apa yang cik cuba buat ni?” Dia bertanya. Habis berkerut wajahnya yang handsome itu.

“Aku saja nak main dengan kau.” Ujarku.

“Sengaja atau tak sengaja?” Dia bertanya lagi masih dalam keadaan hormat.

“Sengaja.” Jawabku sepatah dengan riak yang selamba. Biar sakit hati kau tu. Eh? Vampire ada perasaan ke? Biasa spesis macam kami ni tak ada pula perasaan. Bak kata om putih, heartless gitu. Aah! Apa-apa ajelah.

Leo bengang mendengar jawapan yang terluah daripada mulutku sambil mengecilkan matanya. Dia menggeleng beberapa kali sebelum menoleh ke tempat tadi. Padan muka. Sudahnya perasaan bosan menguasai diriku, aku juga turut serta menoleh ke tempat yang di maksudkan. Aik? Kosong? Apahal pula mereka duk pandang tengah-tengah hutan tu? Entah-entah mereka ni kurang waras kut? Gila!! Takutnya aku. Nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena habuannya.

Dengan perasaan takut, aku sudah berdiri dengan perlahan-lahan tetapi terbantut kerana ada tangan yang menghalang aku daripada meneruskan niatku itu. Cewah! Sesedap rasa je si Leo ni pegang tangan aku. Tak cukup dengan itu dia segera menolak tubuhku sehingga membuatkan aku tersandar di batang pokok. Aku mengaduh sakit. Ok! Aku tipu je. Sebenarnya dia tolak tak sakit pun. Lembut je si Leo ni tolak aku.

“Musuh dah dekat. Cik Venissa jangan risau sebab kami dah suruh orang-orang kami datang ke mari.” Ujarnya. Aik? Buat teleport ke apa diorang ni?

Aku mula mendiamkan diri dan sedang berfikir. Apasal pula aku tak boleh rasa ada musuh nak datang. Biasa aku ok je. Aku sudah mengerutkan wajahku. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu, atau jangan-jangan aku sudah…

Aku: Kelebihan hanya dapat merasakan kedatangan musuh tetapi akan hilang begitu sahaja jika orang yang dicintai atau disayangi terlalu hampir.

…jatuh cinta dengan mamat ni tak? Tak mungkin. Tak mungkin. Mustahil sungguh. Aku melihatnya dari sisi sambil menggeleng-gelengkan kepalaku beberapa kali. Mahu tercabut pula kepala aku ini. Tiba-tiba Leo memandang aku kehairanan. Mungkin hairan sebab aku menggelengkan kepala. Jangan-jangan dia ni sudah me-label aku minah gila tak? Ok, selalu aje buruk sangka. Memang tak boleh pakai langsung perangai aku ni.

Aku kaku apabila angin petang yang mendayu-dayu memukul wajahku dengan lembut. Aku berdiri tegak sehingga membuatkan Leo dan Willi kehairanan dengan perbuatanku yang tiba-tiba. Aku memejamkan mataku seketika kemudian menghidu bauan angin itu. Adakah si dia sudah datang? Aku tertanya-tanya dan sekali lagi menghidu bauan angin itu untuk memastikan. Ya, tepat sekali! Aku sangat pasti.

Terus sahaja aku berlari ke tengah-tengah hutan tebal ini. Dengan rakus aku me-nyahkan ranting-ranting dan dedaun yang menghalang penglihatanku. Leo dan Wili pula sedaya upaya mengejar aku dan aku dapat merasakan mereka sangat risau tentang aku. Aku pula tidak peduli dengan mereka yang penting aku berjumpa dengan si dia.

Aku berhenti betul-betul di tengah hutan sambil menghidu sekali lagi. Semakin hampir aku rasakan kemudian mataku melilau mencari kelibatnya.

“Daniel! Daniel! Mana awak?” Aku menjerit.

Aku melangkah setapak demi setapak kemudian aku terdengar ada suara di balik semak. Aku menghampiri semak itu dengan perlahan-lahan. Nampak sangat aku tu ragu-ragu kan? Nyehehe.

“Are you there Daniel?” Soalku sambil tanganku sudah siap sedia untuk menyentuh semak itu.

Apabila jarak tanganku dan semak itu hanya seinci, tiba-tiba Leo menjerit memanggil namaku sekaligus membuatkan tanganku berhenti daripada menyentuh semak itu. Aku berpaling menghadapnya. Haish! Apa hal pula mamat gila ni. Aku sudah menjerit kegeraman di dalam hati.

“Apa lag…” Terus aku ditarik kasar menjauh semak itu oleh Leo tanpa sempat aku menghabiskan kata-kataku.

“Tak guna!” Jerit Daniel. Terhinjut bahuku apabila mendengar suara Daniel yang menjerit dan menyebabkan aku terkebelakang sedikit. Pada masa yang sama aku terdengar suara orang yang mengaduh sakit. Aku menoleh sekilas. Leo sedang menahan kesakitan. Kemudian perlahan-lahan aku menundukkan kepalaku. Mak ai! Aku terpijak kaki si Leo ni lagilah. Adoyai!

“Maaf tak sengaja.” Aku berbisik antara dengar atau tidak. Leo berdehem.

Aku berpaling menghadap Daniel. Dia sedang menahan amarahnya yang sudah membuak-buak. Takkan cemburu kot?

“Daniel.” Aku menyebut namanya.

“Gara-gara bangsat tu aku tak dapat nak bunuh kau!!” Jeritnya bagaikan orang yang hilang kawalan seraya menunding pedangnya tepat ke arah Leo. Aku terkesima dan terkejut mendengar butir bicara yang terluah daripada mulutnya.

“Ini bukan Daniel yang aku kenal. Kenapa dia kasar sangat?” Aku menggumam seorang diri.

“Kenapa awak macam ni?” Soalku ingin tahu tentang perubahannya yang mendadak itu.

“Aku tak kenal kau! Aku benci kau! Yang penting sekarang ni, aku nak bunuh kau!!” Ujar Daniel dengan kasar. Aku sudah kaku mendengar ucapannya.

“Padan muka kau betina!” Ucap satu suara. Aku menoleh ke arah suara itu dan kelihatan Lily sudah memunculkan dirinya dari arah belakang Daniel. Aku hairan. Tapi kenapa?

Lily: Raja kejahatan.

“Kenapa?!” Aku menjerit bagaikan tak cukup akal. Meletus tawa Lily apabila aku mengutarakan soalan itu. Jelas sekali tawanya itu kedengaran sangat jahat di telingaku. 

“Hei bodoh! Daniel tu kekasih aku sejak dulu lagi, kalau kau nak tahu dia hanya berpura-pura mencintai kau dan sanggup bertunang dengan kau sebab apa?! Sebab dia nak Vampire Land tu jatuh di tangannya, kalau dia tak bertunang dengan kau Vampire Land tu tak akan jatuh ke tangan Daniel! Sebenarnya benda ni simple je. Kalau Daniel berjaya bunuh kau, maka secara automatik Vampire Land itu jatuh kepada pemerintahan Demon Land iaitu aku, queen Lily. Kasihan kau Venissa!” Terang Lily dengan senyuman sinisnya.

“Tak guna!!” Aku menjerit sekuat hati. Terasa diri ini dipermainkan oleh permainan murah ini. Buang masa aku saja nak bertunang dengan si bedebah ni! Aku sudah mula menyumpah seranah mereka.

Tanpa membuang masa Daniel terus menyerangku dengan pedangnya. Aku tersenyum sinis. Bunuhlah aku kalau kau berani Daniel. Aku terus mengeluarkan kuasaku iaitu kuasa ‘dupre’ yang boleh mengeluarkan banyak patung yang menyerupai seperti aku. Warna mataku pula sudah bertukar menjadi merah gara-gara marah yang tidak dapat ku bendung lagi.

“Bangsat kau Venissa!” Kata Daniel apabila serangannya tidak mengenai aku malahan serangannya itu hanya mengenai patung yang menyerupai seakan-akan aku. Kurang ajar! Berani dia mengata aku bangsat?! Memang biadap sungguh jantan ni!

Tanpa membuang masa Daniel berlari sepantas kilat untuk menyerangku dengan menggunakan pedangnya. Aku pula sudah berdiri tegak untuk menghadapnya. Apabila jarak Daniel dan aku semakin hampir, aku sudah menghalakan kedua tapak tanganku ke bawah.

“Root devil!” Habis akar-akar dari bawah tanah keluar dengan rakus lalu mencengkam kaki Daniel dengan kuat. Daniel terus menjerit kesakitan seraya anak-anak buah Leo datang beramai-ramai untuk memerangi anak-anak buah Lily. Tidak cukup dengan itu aku segera meletakkan tangan kananku ke atas tangan kiri, menjadikan akar-akar yang besar itu terlilit sekaligus membuatkan Daniel tercampak ke tanah dengan kasar. Dia mengerang kesakitan.

Hutan yang besar itu sudah di penuhi dengan suara-suara bingit. Mereka mula menyerang sesama sendiri. Aku sudah tidak sanggup melihat situasi kini. Yang penting aku mahu mereka berdua dan anak-anak buahnya mati di tanganku. Itulah tekadku.

Aku mengundurkan diri apabila keadaan semakin rumit tanpa melihat kehadapan. Tiba-tiba sahaja aku terjelopok ke tanah.

“Lemah betul kau ni kan Venissa?” Ujarnya sambil di iringi dengan gelak ketawa yang jahat. Aku memandangnya dengan pandangan yang tajam. Kemudian mataku beralih kepada Daniel yang sedang tersenyum sinis.

Aku merasakan seperti diri ini menjadi ejekkan mereka berdua. Aku menutup mataku seketika. Terbayang-bayang wajah Daniel yang kecil lagi comel itu di matanya.

Imbas kembali…

“Awak, sudah besar nanti kita kawin ya?” Daniel sudah senyum sinis tetapi comel pada pandangan mataku sambil memberikan bunga rose merah kepadaku.

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku sambil tersenyum comel. Kemudian mengambil bunga rose itu daripada tangannya.

Berakhir…

Kau sudah permainkan aku Daniel. Sanggup kau tipu aku! Aku tak akan maafkan kau. Aku membuka mataku apabila perasaan marah sudah menjadi raja di hatiku. Dengan pantas aku terus mengarahkan akar-akar yang besar daripada tanah untuk mengunci pergerakkan mereka berdua. Kemudian, tanpa membuang masa aku terus menggerakkan kedua tanganku dengan pantas sehingga tanah yang mereka pijak itu terbelah dua.

Aku menggunakan kuasa teleportku dan menolak mereka dengan kasar sehingga terjatuh ke dalam tanah. Tetapi malangnya, aku tersungkur akibat Lily memegang kakiku. Nasib baik aku sempat berpaut daripada akar besar itu.

“Kau tak boleh hidup Venissa. Kau akan mati bersama kami.” Masih lagi Lily berdegil. Apabila pegangan tanganku tidak cukup kuat, aku sudah terjerit kecil kerana terjatuh bersama Lily dan Daniel. Tetapi hanya seketika, kerana ada seseorang memegang tanganku kejap. Fuh!

Aku di tarik ke atas kemudian tanah tadi yang terbelah dua itu sudah bercantum semula. Aku terbatuk kecil kerana aku menggunakan kuasaku yang sangat banyak. Mataku melilau di sekeliling hutan itu dan ternampak dua orang anak buah Lily yang masih lagi hidup. Aku menoleh ke arah mereka. Mataku sudah berubah warna hitam dan irisku berwarna merah menandakan aku sedang memberi amaran. Dengan perlahan-lahan mereka berundur kemudian hilang bagaikan debu. Aku mengeluh lesu.

Perlahan-lahan aku mendongak untuk melihat siapakah yang sudah menyelamatkan aku. Huh! Si Leo ni lagi. Asyik-asyik dia saja yang menyelamatkan aku. Geram betul. Tak ada orang lain dah ke? Venissa… Venissa… Memang tak tahu di untung langsung.

“Terima kasih.” Ucapku kepadanya sambil tersenyum manis.

“Sama-sama.” Dia tersenyum hambar.

ADUH! Sakitnya. Tak guna betul pisau ni. Habis darah aku keluar. Itulah kau Venissa, nak tunjuk kuat sangat dekat anak kau tu. Alih-alih kau pula yang dapat ‘hadiah’-nya. Ini semua gara-gara nak tunjuk terror dekat anak.

“Mama ok ke?” Tanya anak perempuanku dengan perihatin.

“Mama ok sayang.” Jawabku dengan senyuman manis.

“Anna panggil papa ya?” Belum sempat aku menjawab terlebih dahulu dia sudah berlari mendapatkan papanya. Aduhai, anak aku ni bertuah sangat. Sudahlah papa kau tu tak boleh hidu bau darah mama yang manis ni, nasib-nasib boleh tinggal separuh je darah mama ni kalau papa kamu tu hisap darah mama.

Aku segera membuka paip air. Tidak mahu dikesan bau darahku oleh si suami. Walhal, aku memang sudah tahu yang dia tu sudah boleh hidu darahku dari jauh. Memang hebat!

“What happened?” Bisik seseorang sambil menutup paip kembali paip air. Aku menelan air liurkan. Hampir bebenor dia ni berbisik sehingga aku boleh dengar deruan nafasnya.

Aku menoleh ke arah darahku yang menitik di sinki tandas. Banyak sungguh kuantitinya.

“Tak ada apa-apa. Awak boleh keluar sekarang.” Halauku kepada suami tercinta. Memang kejam betul aku ni.

Ok! Sayangku ini tidak mahu berganjak walau sedikit pun di sebabkan darah aku ini. Kenapalah taste diorang ni darah? Aku pula bukan peminat darah. Memang aneh betulkan aku ni?

Dia memegang tanganku yang tercedera dengan berhati-hati. Segera aku menepis tangannya. “Tangan tu jangan gatal sangat boleh tak?” Dia tersengih. Kemudian dengan selambanya dia sudah membenamkan wajahnya ke leherku. Aku takkan melepaskan peluang dengan membiarkan Leo menghisap darahku. Leo?! Ops! Aku terlepas cakap ke? Okaylah, sebenarnya si Leo ni adalah suami ku. Benar jugak telahan aku tu yang aku ni jatuh cinta dengan mamat Leo. Orang suruhan ayah boleh jadi suami aku. Ha.. Ha.. Ha.. Mantap!

Tanpa membuang masa, aku memijak kakinya. Dia mengaduh sakit sambil merengus kasar.

“Sengaja!” Ujarnya. Aku hanya ketawa melihat perangainya yang suka merajuk itu. Memang Leo sudah masak dengan ‘tag-line’ yang aku selalu guna itu. Pintar juga suami aku ni.

“Sayang…” Leo memanggil aku yang sedang sibuk mencuci luka di tangan.

“Hmm?” Leo memeluk aku dari belakang sehingga dapat aku rasakan deruan nafasnya yang hangat.

“I love you.” Aku tersenyum.

“I hate you too.” Laju sahaja aku menjawab. Memang aku suka usik dia. Terus sahaja dia pandang aku dengan muka masam.

“Sayang ni kan…” Aku ketawa senang hati. Comel je aku tengok dia ni.

“Gurau je. I love you more sayang.” Ujarku sambil memegang pipinya. Kemudian aku mencium dahinya, pipinya, matanya dan semua lah. Erk? Maksud aku semua tu, yang ada kat wajah dia saja.

“Hish, rimaslah sayang!” Ujar Leo berpura-pura marah.

“Rimas? Sebenarnya sayang suka kan? Ek..eleh. Ngaku je.” Aku tersenyum manis dan sekali lagi aku mencium pipinya. Dia mengangguk tanda setuju dengan statement ku itu. Semoga kebahagiaan menjadi milik kami selama-lamanya.

TAMAT

No comments:

Post a Comment

Tunggu kejap. Komen sikit boleh tak? Hehe...