Selamat datang ke blog saya... Welcome to my blog... Bienvenue sur mon blog...

MY FOLLOWERS

Saturday, 3 January 2015

Cinta CEO Psycho 1





Bab 1

SUARA CEO syarikat Fashionista itu sangat lantang sehingga membuatkan semua orang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu terpana melihatnya. Manakan tidak, vokal suara yang digunakan sangatlah tinggi sehingga melepasi tahap maksima yang tak pernah dibuat dek orang apabila bermesyuarat. Paling tidak pun, suara yang digunakan ialah suara yang sederhana yang nyaman dan boleh didengar oleh orang. Ini tidak mahu pecah bilik mesyuarat itu dibuatnya.

Secretary-nya pula sedang menunggu di tepi pintu masuk bilik mesyuarat sambil menekup mukanya dengan tangan kanan gara-gara ingin menahan malu. Tidak sanggup dia duduk berhampiran dengan bosnya untuk melihat bosnya membentang tentang fesyen-fesyen dan jenama yang digunakan oleh sipembeli sekaligus membentang tentang hasil penjualan jenama Fashionista syarikatnya.

“Ok, saya nak kamu semua pastikan bahawa semua jenama Fashionista akan dijual dengan harga yang tinggi berbanding dengan jenama-jenama yang lain!” Ujar CEO syarikat itu dengan senyuman melebar.

Beberapa saat kemudian, salah seorang daripada mereka mengangkat tangan kemudian CEO syarikat itu menoleh ke arahnya lalu menganggukan sedikit kepala beberapa kali untuk membenarkan dia mengajukan soalan.

 “Macam mana pula pembeli akan membeli jenama Fashionista dengan harga yang tinggi? Saya takut seorang pun tak berani untuk membeli jenama Fashionista dengan harga tinggi kemudian boleh membawa kerugian besar kepada syarikat ini,” kata pemuda yang bernama Hazrul itu.

Semakin melebar senyuman CEO syarikat itu apabila mendengar butir bicara dari mulut Hazrul. Dia memandang semua orang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya. Sekali tengok dah macam orang kurang waras.

Secretary-nya pula amat risau kerana apa yang akan keluar daripada mulut bosnya akan membawa kemudaratan. Kemudian secretary-nya perlahan-lahan memusingkan badannya untuk menghadap pintu masuk bilik mesyuarat itu kerana takut apa yang bakal terjadi selepas ini.

“Kita tak akan mengalami kerugian yang besar kerana harga tinggi yang telah kita tetapkan. Malah dengan harga yang tinggi ini dapat membantu kita untuk menaikkan lagi nama syarikat kita sekaligus boleh membawa keuntungan. Pembeli-pembeli akan berfikir dan akan merasa takut apabila mereka tidak membeli jenama-jenama yang sedang meningkat naik dan orang disekeliling mereka akan memandang jelek terhadap mereka kerana tidak tahu trend pada masa sekarang. Dari itu pembeli akan membeli jenama yang trending tanpa ada batasan. Saya ulangi sekali lagi. Without. Any. Limit.” Ujarnya dengan senang hati.

Tiba-tiba sahaja secretary-nya iaitu merangkap pembantu peribadinya menghembuskan nafas kelegaan kerana tidak terjadi apa-apa. Kalau tidak mahu pecah gegendang telinga seorang-seorang yang berada di dalam bilik mesyuarat ini. Secretary-nya hanya menggeleng-gelengkan kepalanya seraya melihat bosnya yang tersenyum senang seolah-olah menang dalam pertandingan debat antarabangsa. Huh! Memang psiko benar bos aku ni! Getus hatinya.

“Baiklah, meeting dismissed!” Kata CEO syarikat itu terjerit kecil dengan disambut oleh tepukan gemuruh daripada orang-orang yang menghadiri mesyuarat itu.

Dia memetik ibu jarinya kemudian membuat isyarat meghalau kepada orang-orang yang hadir di dalam bilik mesyuarat itu dan selang beberapa saat, semua yang berada di dalam bilik mesyuarat itu beredar meninggalkan CEO syarikat itu bersndirian dengan pembantu peribadinya.

“Hahahaha! Syarikat ni akan lebih maju. Yahoo!” Jerit CEO itu dengan tiba-tiba sambil menari-nari kecil kerana kesukaan. Secretary-nya hanya mencebikkan mulutnya. Ceh! Poyo betul bos aku ni, ujarnya hanya sekadar di dalam hati.

Beberapa minit kemudian telefon bimbit CEO syarikat itu berbunyi dan tanpa membuang masa dia pantas menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggil itu.

“Helo! Siapa di sana? Boleh saya bantu?” Ujarnya dengan selamba. Secretary-nya hanya mencebik melihat perangai kurang waras bosnya ditambah pula dengan sikapnya yang terlebih sopan itu.

“Bantu kepala otak kau! Kau ni tak reti nak jawab salam aku ke?! Sekali aku lempang muka kau tu, tak makan kau 7 hari 7 malam!” Danisha terjerit kecil. Huh! Geram pula Danisha dengan sikap kawan baiknya itu sekaligus merangkap doktor peribadi kepada kawannya.

“Hahaha, oklah. Oklah. Aku jawab sekarang jugak. Ehem… Ehem… Waalaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh! Hah? Dah puas sekarang doktor Danisha?” Soalnya sambil tertawa kecil.

Secretary-nya yang sedari tadi setia disisi bosnya sudah mulai bosan dan berniat hendak keluar daripada bilik mesyuarat itu. Lagi lama aku berada disini, boleh gila aku jadinya apatah lagi berada bersama-sama dengan bos yang kurang waras, kutuknya. Amboi, tak sayang mulut ka? Sekali dia dengar kau kutuk dia, habis kau kena buang kerja, hah! Baru padan muka.

Baru sahaja secretary-nya berpaling, dengan cepat bosnya sudah membaling pen tepat mengenai kepala secretary-nya. Pembantu peribadinya mengaduh sakit kemudian cepat-cepat dia berpaling menghadap bosnya yang masih lagi sibuk bergayut ditelefon bimbitnya. Terkumat-kamit mulut si pembantu mengutuk bosnya.

“Masa sibuk bertelefon pun, dia masih lagi sempat baling pen tu. Haish!” Gumam pembantunya. Nasib baik bosnya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh pembantunya itu. Kalau tidak, habis semua barang yangberada di dalam bilik mesyuarat ini menjadi mangsa balingan bosnya.

Bosnya memandang dia dengan pandangan yang tajam kemudian membuat isyarat berhenti kearah pembantunya. Tidak lama kemudian pembantunya terdengar perut bosnya berkeroncong. Ceh! Tak senonoh pulak bos aku ni! Haip! Bunyi perut ni pun boleh masuk dalam kategori tak senonoh ke? Aah! Apa-apa ajelah. Pembantunya hanya membuat muka bosan. Haih! Apalah nasib aku ni… rintihnya di dalam hati.

“Aku nak jumpa kau esok boleh tak?” Soal Danisha ditalian. Dia inginkan kepastian terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu untuk sahabatnya itu.

“Kau nak ajak aku date ke?” CEO itu bertanya dengan senang hati. Dia membayangkan yang dia dan Danisha berada di dalam restoran yang mewah dengan makanan-makanan yang sedap. Huhu! Mentang-mentanglah perut CEO ni bernyanyi lagu kompang, sekelip mata saja dia terbayangkan makanan-makanan yang sedap. Silap hari bulan kalau dia berada atas jalan raya, mahu terbayang dia sedang berlumba kereta.

“Woi Liyana! Kalau aku cakap kau ni bengap tak juga. Huh! Macam manalah kau boleh jadi CEO syarikat ni walaupun tanpa bantuan bapak tersayang kau tu. Belajar tinggi-tinggi sampai tahap KLCC tu pun kau tak dapat nak agak apa yang aku nak luahkan ni? Haih! Aku tahulah kau ni kekurangan kasih sayang daripada bapak kau tu.” Panjang berjela pula minah ni berhujah. Sekali aku sumbat mulut dia tu dengan kapas, baru dia tahu siapa Liyana yang sebenarnya.

“Sekejaplah mak cik. Leceh betullah! Aku tengok buku diari aku sekejap,” rengus Liyana.

“Kau tengok sekarang buku diari aku tu! Check kat dalam tu ada apa-apa event ke besok?!!” Jerit Liyana ke arah pembantunya. Fuh! Dekat-dekat pun masih lagi nak menjerit, memang biol lah minah ni.

“Kau ni kan! Mahu pecah gegendang telinga aku  mendengar suara kau ni tahu tak?! Nasib baik aku tak ada penyakit jantung. Kalau tidak dah Inalillah… lah jawabnya!” Danisha turut menjerit tetapi tidak sekuat Liyana. Kalau bab jerit-menjerit ni memang powerlah minah tu. Danisha sudah mencebikkan bibirnya di hujung talian tanda tidak puas hati dengan sahabat baiknya itu.

“CEO Yana,” panggil pembantunya. Liyana berpaling melihat pembantunya dengan muka toya.

“Apa dia?!” Soalnya. Secretary-nya mengangguk. Sekali tengok dah macam orang tak betul saja.

“Apa yang kau mengangguk-angguk tu? Aku tanya kau ada event ke tak esok. Ini tak jawapan lain pulak yang kau bagi kat aku. Angguk! Angguk! Sekali aku bagi penumbuk kat muka kau tu, mahu terteleng kepala kau 1 bulan! Kau ni dah bisu ke apa?! Takkanlah sebab aku menjerit tadi kau dah jadi bisu!” Marah Liyana dengan bersahaja. Secretary-nya iaitu Sally hanya buat muka bodoh. Huh! Dah aku angguk tu maksudnya adalah event esok! Rungut Sally dalam hati.

“Saya belum bisu lagi CEO Yana. Aku angguk tadi tu sebab ada event esok petang,” ujar Sally bersahaja sambil memasukkan kedua-dua tangannya di dalam pocket seluar. Hilang rasa hormatnya buat seketika. Manakala Liyana pula sudah menjegilkan matanya kepada Sally.

“Sejak bila kau pandai nak lawan cakap aku ni?!” Kata Liyana sambil bersedia untuk membaling fail yang berada di atas meja itu. Sally pula sudah bersiap sedia untuk menyelamatkan dirinya dengan memegang buku diari bosnya sebagai pertahanan. Memang bengaplah diorang berdua ni. Saat-saat bertelefon pun diorang sempat lagi melancarkan perang.

Apabila Liyana berkira-kira hendak membaling fail itu, tiba-tiba Danisha berteriak di dalam hujung talian sehingga membatalkan niat Liyana untuk membaling fail itu. Woh! Terror juga Danisha ni, sampaikan sahabatnya hendak membaling pun dia boleh lagi nak hentikan walaupun hanya di dalam talian.

“Aduh! Sakitnya telinga aku ni dengar kau memekak!” Liyana menggosok telinganya yang berselindung disebalik tudungnya dengan kasar dan kembali meletakkan fail yang dipegangnya di atas meja.

“Ah! Sudahlah. Aku nak letak telefon ni. Call aku balik lepas kau tahu apa yang terjadi esok petang. Tak kuasa aku nak dengar jeritan kau tu. Dah! Dah! Habislah bil telefon aku ni gara-gara nak menelefon kau! Assalamualaikum.” Danisha memutuskan talian dengan hati yang membara sebelum sempat Liyana membalas salamnya. Mak ai! Kedekut bebenor minah ni! Kutuk Liyana di dalam hati.

Liyana kembali berpusing menghadap Sally. Terbuntang matanya apabila melihat Sally yang duduk lagak macam bos. Sally menyengih melihat bosnya sambil memberikan symbol ‘peace.’ Liyana hanya memandang Sally dengan senyuman sinis yang terukir dibibirnya.

“Hah, aku nak tanya kau ni. Event apa yang ada esok?” Tanya Liyana kepada Sally sambil membetulkan blazer kuningnya sebelum menoleh ke arah Sally.

“Appointment with doctor Danisha sharp at 2 p.m.” Ujar Sally dengan satu nafas sahaja. Liyana melopong mendengar perkataan yang terluah daripada mulut setiausahanya sekaligus membangkitkan kemarahan bosnya itu.

“Itu kau kata event?!! Hah Sally?!! Kalau aku cakap yang kau ni bodoh kau jugak yang marah nanti. Tapi apa salahnya kan sekali sekala aku cakap yang kau ni bodoh. Ok! Aku nak kau bezakan antara appointment dan event tu sekarang jugak!!” Berang Liyana sambil menghenyakkan kertas yang berada di atas meja. Dia tidak peduli sama ada kertas itu penting ataupun tidak, yang penting hati dia pada masa ini sangatlah panas.

Manakala Sally pula terkejut dengan jerkahan Liyana sehingga terjatuh daripada kerusi yang didudukinya. Nasib baiklah aku jatuh kat atas karpet ni tak ada lah seluar aku ni kotor, bisik hati Sally. Wohoho, sempat lagi si Sally ni nak risau tentang seluarnya. Hailah, manusia.

“Sekarang ke?” Soal Sally.

“I said now!!!” Marah Liyana sambil menghempas meja. Mengamuk ke minah ni?

“Sekejap ya!” Kata Sally sambil tangannya pantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Liyana merengus apabila melihat tindakan Sally itu. Lalu, dengan pantas Liyana menuju ke arah Sally dan mengambil buku diarinya kemudian dihempuknya kepala Sally dengan buku diarinya yang sederhana tebal itu. Mahu bergegar otak si Sally itu dibuatnya. Ish… Ish… Ish… Kasihan sungguh si Sally. Apalah nasibnya bekerja satu bumbung dengan orang yang kurang waras. Huhu, boleh jadi dapat kanser otak ni kalau tiap-tiap hari dipukul oleh bos ni, rintih Sally di dalam hati.

“Memang bodoh pun kau ni. Menyesal aku ambik kau kerja dengan aku!” Rungut Liyana. Kemudian Liyana menyambung kembali percakapannya yang terputus, “Tak payah kau nak susah-susah buka web google translate kau tu. Nanti tak pasal-pasal habis pulak bil telefon kau tu macam si Danisha yang poyo tu! Aku nak bagitau kau yang appointment dengan event tu berlainan! Appointment tu perjanjian manakala event pulak majlis atau acara. Hah?! Kau dah faham ke tak?!” Jelas Liyana panjang lebar. Ceh! Sempat pula dia kutuk si Danisha tu. Memang nak mampus si Liyana ni agaknya.

Liyana menoleh ke arah Sally dengan pandangan tidak percaya. Manakan tidak, si Sally sudah buat hal dengan menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali tanda tidak faham dengan penjelasan Liyana. Dua saat kemudian, Sally terus memecut keluar daripada bilik mesyuarat itu dengan kelajuan 120 km/jam apabila melihat melihat bosnya hendak membaling fail tebal yang berada di atas meja itu.

“Huh! Nasib baik tak kena kalau tak tidur kat hospital lah jawabnya. Maaflah pintu, sebab aku, kau dah jadi mangsa balingan bos aku!” Ujar Sally sambil mencebikkan bibirnya ketika memandang pintu kaca itu dengan membuat gaya  hendak menendang pintu kaca bilik mesyuarat itu.

“Macamlah aku tak tahu perbezaan antara appointment dengan event tu. Aku saja je nak buat dia panas. Hah! Baru padan muka dia!” Kata Sally seorang diri sambil menuju ke tempat meja kerjanya. Fuh! Gila benar kerja si Sally ni. Nak cari nahas pun agak-agaklah.

No comments:

Post a Comment

Tunggu kejap. Komen sikit boleh tak? Hehe...