Bab
1
SUARA
CEO syarikat Fashionista itu sangat lantang sehingga membuatkan semua orang
yang berada di dalam bilik mesyuarat itu terpana melihatnya. Manakan tidak,
vokal suara yang digunakan sangatlah tinggi sehingga melepasi tahap maksima
yang tak pernah dibuat dek orang apabila bermesyuarat. Paling tidak pun, suara
yang digunakan ialah suara yang sederhana yang nyaman dan boleh didengar oleh
orang. Ini tidak mahu pecah bilik mesyuarat itu dibuatnya.
Secretary-nya
pula sedang menunggu di tepi pintu masuk bilik mesyuarat sambil menekup mukanya
dengan tangan kanan gara-gara ingin menahan malu. Tidak sanggup dia duduk
berhampiran dengan bosnya untuk melihat bosnya membentang tentang fesyen-fesyen
dan jenama yang digunakan oleh sipembeli sekaligus membentang tentang hasil
penjualan jenama Fashionista syarikatnya.
“Ok,
saya nak kamu semua pastikan bahawa semua jenama Fashionista akan dijual dengan
harga yang tinggi berbanding dengan jenama-jenama yang lain!” Ujar CEO syarikat
itu dengan senyuman melebar.
Beberapa
saat kemudian, salah seorang daripada mereka mengangkat tangan kemudian CEO
syarikat itu menoleh ke arahnya lalu menganggukan sedikit kepala beberapa kali
untuk membenarkan dia mengajukan soalan.
“Macam mana pula pembeli akan membeli jenama Fashionista
dengan harga yang tinggi? Saya takut seorang pun tak berani untuk membeli
jenama Fashionista dengan harga tinggi kemudian boleh membawa kerugian besar
kepada syarikat ini,” kata pemuda yang bernama Hazrul itu.
Semakin
melebar senyuman CEO syarikat itu apabila mendengar butir bicara dari mulut
Hazrul. Dia memandang semua orang yang berada di dalam bilik mesyuarat itu
dengan senyuman yang tak lekang dibibirnya. Sekali tengok dah macam orang
kurang waras.
Secretary-nya
pula amat risau kerana apa yang akan keluar daripada mulut bosnya akan membawa
kemudaratan. Kemudian secretary-nya perlahan-lahan memusingkan badannya untuk
menghadap pintu masuk bilik mesyuarat itu kerana takut apa yang bakal terjadi
selepas ini.
“Kita
tak akan mengalami kerugian yang besar kerana harga tinggi yang telah kita
tetapkan. Malah dengan harga yang tinggi ini dapat membantu kita untuk
menaikkan lagi nama syarikat kita sekaligus boleh membawa keuntungan.
Pembeli-pembeli akan berfikir dan akan merasa takut apabila mereka tidak
membeli jenama-jenama yang sedang meningkat naik dan orang disekeliling mereka
akan memandang jelek terhadap mereka kerana tidak tahu trend pada masa
sekarang. Dari itu pembeli akan membeli jenama yang trending tanpa ada batasan.
Saya ulangi sekali lagi. Without. Any. Limit.” Ujarnya dengan senang hati.
Tiba-tiba
sahaja secretary-nya iaitu merangkap pembantu peribadinya menghembuskan nafas
kelegaan kerana tidak terjadi apa-apa. Kalau tidak mahu pecah gegendang telinga
seorang-seorang yang berada di dalam bilik mesyuarat ini. Secretary-nya hanya
menggeleng-gelengkan kepalanya seraya melihat bosnya yang tersenyum senang
seolah-olah menang dalam pertandingan debat antarabangsa. Huh! Memang psiko
benar bos aku ni! Getus hatinya.
“Baiklah,
meeting dismissed!” Kata CEO syarikat itu terjerit kecil dengan disambut oleh
tepukan gemuruh daripada orang-orang yang menghadiri mesyuarat itu.
Dia
memetik ibu jarinya kemudian membuat isyarat meghalau kepada orang-orang yang
hadir di dalam bilik mesyuarat itu dan selang beberapa saat, semua yang berada
di dalam bilik mesyuarat itu beredar meninggalkan CEO syarikat itu bersndirian
dengan pembantu peribadinya.
“Hahahaha!
Syarikat ni akan lebih maju. Yahoo!” Jerit CEO itu dengan tiba-tiba sambil
menari-nari kecil kerana kesukaan. Secretary-nya hanya mencebikkan mulutnya.
Ceh! Poyo betul bos aku ni, ujarnya hanya sekadar di dalam hati.
Beberapa
minit kemudian telefon bimbit CEO syarikat itu berbunyi dan tanpa membuang masa
dia pantas menjawab panggilan itu tanpa melihat siapa pemanggil itu.
“Helo!
Siapa di sana? Boleh saya bantu?” Ujarnya dengan selamba. Secretary-nya hanya
mencebik melihat perangai kurang waras bosnya ditambah pula dengan sikapnya
yang terlebih sopan itu.
“Bantu
kepala otak kau! Kau ni tak reti nak jawab salam aku ke?! Sekali aku lempang
muka kau tu, tak makan kau 7 hari 7 malam!” Danisha terjerit kecil. Huh! Geram
pula Danisha dengan sikap kawan baiknya itu sekaligus merangkap doktor peribadi
kepada kawannya.
“Hahaha,
oklah. Oklah. Aku jawab sekarang jugak. Ehem… Ehem… Waalaikumussalam
Warahmatullahi Wabarakatuh! Hah? Dah puas sekarang doktor Danisha?” Soalnya
sambil tertawa kecil.
Secretary-nya
yang sedari tadi setia disisi bosnya sudah mulai bosan dan berniat hendak
keluar daripada bilik mesyuarat itu. Lagi lama aku berada disini, boleh gila
aku jadinya apatah lagi berada bersama-sama dengan bos yang kurang waras,
kutuknya. Amboi, tak sayang mulut ka? Sekali dia dengar kau kutuk dia, habis
kau kena buang kerja, hah! Baru padan muka.
Baru
sahaja secretary-nya berpaling, dengan cepat bosnya sudah membaling pen tepat
mengenai kepala secretary-nya. Pembantu peribadinya mengaduh sakit kemudian
cepat-cepat dia berpaling menghadap bosnya yang masih lagi sibuk bergayut
ditelefon bimbitnya. Terkumat-kamit mulut si pembantu mengutuk bosnya.
“Masa
sibuk bertelefon pun, dia masih lagi sempat baling pen tu. Haish!” Gumam
pembantunya. Nasib baik bosnya tidak mendengar apa yang diperkatakan oleh
pembantunya itu. Kalau tidak, habis semua barang yangberada di dalam bilik
mesyuarat ini menjadi mangsa balingan bosnya.
Bosnya
memandang dia dengan pandangan yang tajam kemudian membuat isyarat berhenti
kearah pembantunya. Tidak lama kemudian pembantunya terdengar perut bosnya
berkeroncong. Ceh! Tak senonoh pulak bos aku ni! Haip! Bunyi perut ni pun boleh
masuk dalam kategori tak senonoh ke? Aah! Apa-apa ajelah. Pembantunya hanya
membuat muka bosan. Haih! Apalah nasib aku ni… rintihnya di dalam hati.
“Aku
nak jumpa kau esok boleh tak?” Soal Danisha ditalian. Dia inginkan kepastian
terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu untuk sahabatnya itu.
“Kau
nak ajak aku date ke?” CEO itu bertanya dengan senang hati. Dia membayangkan
yang dia dan Danisha berada di dalam restoran yang mewah dengan makanan-makanan
yang sedap. Huhu! Mentang-mentanglah perut CEO ni bernyanyi lagu kompang,
sekelip mata saja dia terbayangkan makanan-makanan yang sedap. Silap hari bulan
kalau dia berada atas jalan raya, mahu terbayang dia sedang berlumba kereta.
“Woi
Liyana! Kalau aku cakap kau ni bengap tak juga. Huh! Macam manalah kau boleh
jadi CEO syarikat ni walaupun tanpa bantuan bapak tersayang kau tu. Belajar
tinggi-tinggi sampai tahap KLCC tu pun kau tak dapat nak agak apa yang aku nak
luahkan ni? Haih! Aku tahulah kau ni kekurangan kasih sayang daripada bapak kau
tu.” Panjang berjela pula minah ni berhujah. Sekali aku sumbat mulut dia tu
dengan kapas, baru dia tahu siapa Liyana yang sebenarnya.
“Sekejaplah
mak cik. Leceh betullah! Aku tengok buku diari aku sekejap,” rengus Liyana.
“Kau
tengok sekarang buku diari aku tu! Check kat dalam tu ada apa-apa event ke
besok?!!” Jerit Liyana ke arah pembantunya. Fuh! Dekat-dekat pun masih lagi nak
menjerit, memang biol lah minah ni.
“Kau
ni kan! Mahu pecah gegendang telinga aku
mendengar suara kau ni tahu tak?! Nasib baik aku tak ada penyakit
jantung. Kalau tidak dah Inalillah… lah jawabnya!” Danisha turut menjerit
tetapi tidak sekuat Liyana. Kalau bab jerit-menjerit ni memang powerlah minah
tu. Danisha sudah mencebikkan bibirnya di hujung talian tanda tidak puas hati
dengan sahabat baiknya itu.
“CEO
Yana,” panggil pembantunya. Liyana berpaling melihat pembantunya dengan muka
toya.
“Apa
dia?!” Soalnya. Secretary-nya mengangguk. Sekali tengok dah macam orang tak
betul saja.
“Apa
yang kau mengangguk-angguk tu? Aku tanya kau ada event ke tak esok. Ini tak
jawapan lain pulak yang kau bagi kat aku. Angguk! Angguk! Sekali aku bagi
penumbuk kat muka kau tu, mahu terteleng kepala kau 1 bulan! Kau ni dah bisu ke
apa?! Takkanlah sebab aku menjerit tadi kau dah jadi bisu!” Marah Liyana dengan
bersahaja. Secretary-nya iaitu Sally hanya buat muka bodoh. Huh! Dah aku angguk
tu maksudnya adalah event esok! Rungut Sally dalam hati.
“Saya
belum bisu lagi CEO Yana. Aku angguk tadi tu sebab ada event esok petang,” ujar
Sally bersahaja sambil memasukkan kedua-dua tangannya di dalam pocket seluar.
Hilang rasa hormatnya buat seketika. Manakala Liyana pula sudah menjegilkan
matanya kepada Sally.
“Sejak
bila kau pandai nak lawan cakap aku ni?!” Kata Liyana sambil bersedia untuk
membaling fail yang berada di atas meja itu. Sally pula sudah bersiap sedia
untuk menyelamatkan dirinya dengan memegang buku diari bosnya sebagai
pertahanan. Memang bengaplah diorang berdua ni. Saat-saat bertelefon pun
diorang sempat lagi melancarkan perang.
Apabila
Liyana berkira-kira hendak membaling fail itu, tiba-tiba Danisha berteriak di
dalam hujung talian sehingga membatalkan niat Liyana untuk membaling fail itu.
Woh! Terror juga Danisha ni, sampaikan sahabatnya hendak membaling pun dia
boleh lagi nak hentikan walaupun hanya di dalam talian.
“Aduh!
Sakitnya telinga aku ni dengar kau memekak!” Liyana menggosok telinganya yang
berselindung disebalik tudungnya dengan kasar dan kembali meletakkan fail yang
dipegangnya di atas meja.
“Ah!
Sudahlah. Aku nak letak telefon ni. Call aku balik lepas kau tahu apa yang
terjadi esok petang. Tak kuasa aku nak dengar jeritan kau tu. Dah! Dah!
Habislah bil telefon aku ni gara-gara nak menelefon kau! Assalamualaikum.”
Danisha memutuskan talian dengan hati yang membara sebelum sempat Liyana
membalas salamnya. Mak ai! Kedekut bebenor minah ni! Kutuk Liyana di dalam
hati.
Liyana
kembali berpusing menghadap Sally. Terbuntang matanya apabila melihat Sally
yang duduk lagak macam bos. Sally menyengih melihat bosnya sambil memberikan
symbol ‘peace.’ Liyana hanya memandang Sally dengan senyuman sinis yang terukir
dibibirnya.
“Hah,
aku nak tanya kau ni. Event apa yang ada esok?” Tanya Liyana kepada Sally
sambil membetulkan blazer kuningnya sebelum menoleh ke arah Sally.
“Appointment
with doctor Danisha sharp at 2 p.m.” Ujar Sally dengan satu nafas sahaja.
Liyana melopong mendengar perkataan yang terluah daripada mulut setiausahanya
sekaligus membangkitkan kemarahan bosnya itu.
“Itu
kau kata event?!! Hah Sally?!! Kalau aku cakap yang kau ni bodoh kau jugak yang
marah nanti. Tapi apa salahnya kan sekali sekala aku cakap yang kau ni bodoh.
Ok! Aku nak kau bezakan antara appointment dan event tu sekarang jugak!!”
Berang Liyana sambil menghenyakkan kertas yang berada di atas meja. Dia tidak
peduli sama ada kertas itu penting ataupun tidak, yang penting hati dia pada
masa ini sangatlah panas.
Manakala
Sally pula terkejut dengan jerkahan Liyana sehingga terjatuh daripada kerusi
yang didudukinya. Nasib baiklah aku jatuh kat atas karpet ni tak ada lah seluar
aku ni kotor, bisik hati Sally. Wohoho, sempat lagi si Sally ni nak risau
tentang seluarnya. Hailah, manusia.
“Sekarang
ke?” Soal Sally.
“I
said now!!!” Marah Liyana sambil menghempas meja. Mengamuk ke minah ni?
“Sekejap
ya!” Kata Sally sambil tangannya pantas mengeluarkan telefon bimbitnya. Liyana
merengus apabila melihat tindakan Sally itu. Lalu, dengan pantas Liyana menuju
ke arah Sally dan mengambil buku diarinya kemudian dihempuknya kepala Sally dengan
buku diarinya yang sederhana tebal itu. Mahu bergegar otak si Sally itu
dibuatnya. Ish… Ish… Ish… Kasihan sungguh si Sally. Apalah nasibnya bekerja
satu bumbung dengan orang yang kurang waras. Huhu, boleh jadi dapat kanser otak
ni kalau tiap-tiap hari dipukul oleh bos ni, rintih Sally di dalam hati.
“Memang
bodoh pun kau ni. Menyesal aku ambik kau kerja dengan aku!” Rungut Liyana.
Kemudian Liyana menyambung kembali percakapannya yang terputus, “Tak payah kau
nak susah-susah buka web google translate kau tu. Nanti tak pasal-pasal habis
pulak bil telefon kau tu macam si Danisha yang poyo tu! Aku nak bagitau kau
yang appointment dengan event tu berlainan! Appointment tu perjanjian manakala
event pulak majlis atau acara. Hah?! Kau dah faham ke tak?!” Jelas Liyana
panjang lebar. Ceh! Sempat pula dia kutuk si Danisha tu. Memang nak mampus si
Liyana ni agaknya.
Liyana
menoleh ke arah Sally dengan pandangan tidak percaya. Manakan tidak, si Sally
sudah buat hal dengan menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali tanda tidak
faham dengan penjelasan Liyana. Dua saat kemudian, Sally terus memecut keluar
daripada bilik mesyuarat itu dengan kelajuan 120 km/jam apabila melihat melihat
bosnya hendak membaling fail tebal yang berada di atas meja itu.
“Huh!
Nasib baik tak kena kalau tak tidur kat hospital lah jawabnya. Maaflah pintu,
sebab aku, kau dah jadi mangsa balingan bos aku!” Ujar Sally sambil mencebikkan
bibirnya ketika memandang pintu kaca itu dengan membuat gaya hendak menendang pintu kaca bilik mesyuarat
itu.
“Macamlah
aku tak tahu perbezaan antara appointment dengan event tu. Aku saja je nak buat
dia panas. Hah! Baru padan muka dia!” Kata Sally seorang diri sambil menuju ke
tempat meja kerjanya. Fuh! Gila benar kerja si Sally ni. Nak cari nahas pun
agak-agaklah.
