Selamat datang ke blog saya... Welcome to my blog... Bienvenue sur mon blog...

MY FOLLOWERS

Saturday, 9 May 2015

Cinta CEO Psycho 3




Bab 3

RYAN DANIEL menghentak mejanya dengan kasar sehingga membuatkan pekerja lain terkejut. Dia merengus kasar sambil menjeling pekerjanya. Dia tidak kisah apabila diperhatikan oleh pekerja lain yang penting hatinya sakit tika ini. Hatinya menyumpah seranah ke arah perempuan yang melanggarnya tadi.

“Memang bodoh perempuan tu. Boleh pulak dia tenang giler! Sial betul!” Jeritnya macam orang gila. Dia mencampak segala kertas yang berada di atas mejanya. Nasib baik Tan Sri Yusof belum masuk ke pejabatnya.

Ryan Daniel berjalan menuju ke pintu lalu membukanya dengan kasar. Habis pekerja bahagian designer itu berlari lintang pukang. Ryan Daniel sudah merenung mereka yang berlari itu dengan pandangan tajam. Kemudian menjerit memanggil nama seseorang.

“Kamal!!”

Kamal yang sedang minum di pantri terus tersembur keluar apabila di panggil oleh bosnya. Tidak tentu hala dia berlari untuk mendapatkan bosnya itu. Sesekali dia terbatuk-batuk kerana tersedak. Alahai, kasihan pula si Kamal ni.

Kamal berdiri di depan Ryan Daniel sambil menutup mulutnya kerana menahan batuk. Ryan Daniel sudah memandangnya. Macam nak telan orang pun ada.

“Ada apa encik Ryan Daniel?” Soal Kamal apabila batuknya sudah reda. Sesekali dia berdehem kecil untuk menghilangkan ketidak selesaan.

“Aku nak kau hantar kereta aku sekarang jugak!” Arah Ryan Daniel sambil membaling kunci keretanya. Kelam-kabut Kamal menyambut kunci keretanya.

“Nak hantar dekat mana encik Ryan?” Soalnya polos.

“Nak hantar dekat mana lagi?! Takkanlah kat hospital?!” Berang Ryan Daniel. Ish… Ish… Ish… Macamlah si Kamal tu tahu yang kereta dia dah nazak. Memang bengaplah si Ryan Daniel ni.

Kamal yang terpinga-pinga mendengar butir bicara Ryan Daniel itu, terus sahaja mengangguk-angukkan kepalanya tanda mengerti. Walaupun pada zahirnya dia tidak mengerti. Takut bosnya itu memakannya nanti. Tak ke naya tu?

“Sebelum kau pergi aku nak kau call pak cik Hussin, suruh dia hantar kunci kereta aku yang satu lagi. Faham?!” Ujar Ryan Daniel kepada Kamal.

“Okay bos!” Balas Kamal kemudian berlalu pergi.

Setelah semuanya selesai, Ryan Daniel masuk semula ke dalam bilik pejabatnya dan sekali lagi dia menghempaskan pintunya menyebabkan pekerjanya kembali menoleh ke bilik pejabatnya. Mahu tercabut pun ada pintu itu cik abang oii!


KAMAL membuka pintu kereta Ryan Daniel kemudian dia masuk ke dalam perut kereta. Tetapi Kamal keluar semula apabila dia terlihat sesuatu di belakang kereta Ryan Daniel. Dia mengundurkan badannya untuk melihat.

Kamal melopong seketika apabila melihat kereta Ryan Daniel yang kemik teruk. Dia ni langgar tiang ke kereta? Dia berbisik di dalam hati. Dia melihat sekali lagi kereta Ryan Daniel yang sudah nazak itu sebelum ketawanya meletus.

“Hahaha! Patutlah menyinga mamat tu, rupanya kereta dia sakit teruk. Hahaha!! Tak menahan aku!” Dia memegang perutnya apabila tawanya tidak berhenti. 

Dia menyeka sedikit air matanya yang keluar akibat ketawa sambil berkata, “Baiklah kereta. Jom kita pergi hospital, nanti tak pasal-pasal mengamuk pula singa itu.” Sempat lagi Kamal mengutuk bosnya sebelum mengeluarkan telefon bimbit dari pocket seluarnya untuk menghubungi pak cik Hussin merangkap driver papanya.

Selesai sahaja Kamal menghubungi pak cik Hussin, dia terus membawa kereta Ryan Daniel untuk di rawat. Bukan manusia saja yang mendapat rawatan, kereta juga ok!


LIYANA yang sudah sampai di bilik pejabatnya sudah menghempas mejanya beberapa kali akibat ketawa sakan. Hilang seketika perjanjian yang di buat olehnya dengan Danisha. Kalau Danisha tahu mahu di pukul Liyana ni sampai lebam sebab tak tahu nak menepati janji langsung.

“Allahu Akhbar!! Ya Allah, kau redakanlah tawa ku ini. Haish! Tak menahan aku! Hahaha…” Gelak Liyana sambil menyembamkan wajahnya ke permukaan meja.

“Senak pulak perut aku ni kalau teringat peristiwa mamat tu. Hahaha…” Ujarnya lagi sambil menyeka sedikit air matanya yang keluar kemudian mengambil kertas kerjanya yang berjuntaian di laci mejanya untuk di layangkan ke atas, ala-ala kelopak bunga berguguran dari atas sebelum menyambung menghempas mejanya. Memang sewel si Liyana ni.

 Sally yang baru masuk ke bilik pejabat Liyana sudah terkejut melihat bosnya yang menghempas meja beberapa kali. Risau pula hatinya apabila melihat bosnya berperangai begitu. Nasib baik Liyana tidak terlihat Sally yang masuk ke bilik pejabatnya. Hajat dia hendak menyampaikan sesuatu yang penting pun terbantut gara-gara melihat perangai ngeri bosnya. Dahlah bilik pejabatnya bersepah dengan kertas. Hati Sally berkata dalam kerisauan.

Tanpa membuang masa Sally terus keluar daripada bilik pejabat Liyana untuk menghubungi Danisha. Sampai sahaja di mejanya, dia terus menekan nombor Danisha sambil menggigit ibu jarinya.

“Helo Danisha. Huh, nasib baik kau angkat panggilan ni. Ni hah, aku nak bagitahu kau yang bos aku…” Terputus bicara Sally apabila Danisha terlebih dahulu memotong percakapannya.

“Kenapa dengan Liyana? Cakap dengan aku cepat.” Ujar Danisha yang agak tergesa-gesa. Jelas menandakan nada suaranya yang risau. Sally mencebir apabila kata-katanya di potong.

“Aku risaulah tengok bos tu. Dia ketawa sakan, siap membaling kertas kerja lagi! Habis bersepah bilik dia.” Terang Sally.

“Ok Sally! I’m on my way. Thanks for the info. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Tiga puluh minit kemudian, Danisha datang ke tempat yang di tuju. Dia berlari sambil membimbit beg yang berisi dengan ubat-ubatan dan peralatan kesihatan. Sampai sahaja ke tingkat sepuluh dia terus berlari mendapatkan Sally.

“Kat mana dia sekarang?” Tanya Danisha yang jelas tercungap-cungap.

“Jom. Dia kat dalam bilik.” Beritahu Sally kemudian mereka masuk bersama-sama.

Terhenti tawa Liyana apabila pintu pejabatnya di tolak kasar. Dia menaikkan sedikit keningnya. Apahal pula si Danisha ni datang, siap bawak peralatan dia lagi. Oh, aku baru ingat. Aku ada appointment dengan minah ni. Alahai, lupa pulak. Aaah! Alang-alang dia ada ni, teruskan je lah cik Danisha ya? Tak lah aku penat drive kat hospital tu. Kata Liyana di dalam hati. Haih, Liyana ni. Biasa orang buat appointment dekat hospital, ini tak kat dalam pejabat! Memang pelik!

“Kau ok ke Liyana?” Soal Danisha sambil menghampiri Liyana. Sally hanya berdiri di muka pintu.

“Aku ok. Malahan boleh bernafas lagi. Belum mampus lagi Danisha,” Ujarnya tenang sambil merenung Sally dengan renungan yang tajam. Gulp! Sally menelan air liurnya. Habislah aku. Bisik hati Sally.

“Ini mesti kerja Sally kan?” Sambungnya lagi. Mata Liyana tidak lari daripada merenung Sally. Sally hanya tersengih untuk menutup rasa takutnya. Liyana mengangguk-anggukkan kepalanya sambil bermain dengan jarinya. Danisha risau melihat perbuatan Liyana.

“Liyana…” Panggil Danisha. Liyana menoleh ke arah Danisha dengan muka toya.

“Sally… boleh keluar tak? Aku nak check Liyana kejap. And… kalau ada orang nak jumpa Liyana kau jangan benarkan masuk dulu.” Ujar Danisha kemudian kelihatan Sally terus keluar daripada bilik bosnya tanpa banyak bantahan.

“Oh ya, tak apa kan kalau aku mengarahkan Sally tanpa keizinan kau?” Tanya Danisha kepada Liyana pula. Liyana tersenyum sinis.

“Suka hati kau lah nak suruh apa-apa pun. Aku tak kisah.” Fuh, ayat Liyana tu. Macam tak kisah je. Kalau bos lain memang dah kena Danisha ni.

“Ok Liyana, aku nak kau duduk dekat sofa tu.” Arah Danisha kepada Liyana. Liyana sudah tidak senang duduk. Nak saja dia keluar daripada bilik ini. Tetapi terkenangkan perjanjian Danisha, terpaksa juga dia turutkan.

“Sebelum kau buat apa-apa terlebih dahulu, aku cerita dulu benda ni dekat kau.” Ujarnya sambil tersenyum. Sebagai doktor, Danisha hanya memerhati Liyana sebelum mengangguk memberi keizinan untuk menceritakan isi hatinya. Memang itu sikap Danisha, yang akan mendengar beberapa cerita daripada pesakitnya sebelum membuat apa-apa.

Mental illness. Ya. Itulah yang di hidapi oleh Liyana selepas kehilangan ibunya. Danisha hanya menahan perasaan sedihnya daripada kelihatan. Kasihan Liyana yang sedang menghidap penyakit schizophrenia.

Danisha kembali menatap wajah ceria Liyana.

“Kau tahu tak? Tadi aku terlanggar kereta mamat ni. Fuh! Bukan main banyak songeh mamat tu, siap bagi ugut lagi,” katanya dengan penuh ceria. Danisha sedaya upaya menyembunyikan perasaan sedihnya.

“Lepas tu?” Tanya Danisha berpura-pura ingin tahu tetapi otaknya sedang ligat mencari solusi untuk penyakit sahabat baiknya itu.

“Aku cakaplah, yang ayat dia tu klise sangat. Dia pun sakit hatilah. And… paling aku panas hati dia suruh aku ganti rugi! Aku tak nak, tapi dia tu banyak cakap sangat, terus aku panggil dia syaitan! Memang kena dengan muka dia! Hahahaha!!!” Liyana ketawa terbahak-bahak. Danisha pula hanya tersenyum. Bab gaduh memang dia yang punya. Bisik hati Danisha.

“And paling buat aku sakit hati sekali adalah, kereta kesayangan aku tu dah buruk rupa dia!! Aku nak kau ganti rugi memandang masalah ni berpunca daripada kau!!” Liyana menadah tangannya kepada Danisha. Perasaan kasihan Danisha sudah terbang meninggalkannya apabila dituduh oleh Liyana. Memang nak kena pelempang minah ni! Jerit hati Danisha.

Danisha menepis tangan Liyana, “Apasal pulak aku?!” Marah Danisha.

“Sebab kau menjerit masa kau nak tutup telefon tu, dan pada masa tu jugak aku tertekan lebih pedal minyak tu!” Beritahu Liyana. Danisha mencebik. Keadaan kembali sunyi sepi.

“Kau dah makan ubat ke?” Tanya Danisha.

Liyana hanya menggelengkan kepalanya. Aku dah fade-up dengan ubat, kau tahu tak?! Bentak hati Liyana. Dia menjeling Danisha.

“Balik rumah nanti aku nak kau makan ubat. Kau jangan tak makan pula,” Danisha sudah memberi arahan kepada Liyana yang sedang bersiul kesenangan.

“Sudah lama aku tak tengok kau menangis. Dah berapa lama?” Tanya Danisha. Dia menggunakan psikologi yang biasa dipakai oleh doktor kepada Liyana.

Liyana memegang pipinya sambil melihat wajah Danisha. Kemudian dia mengeluh.

“Entahlah Danisha. Kali terakhir aku menangis, masa mama tinggalkan aku buat selama-lamanya. Wohoho, lama jugak tu beb!” Dia menepuk bahu Danisha dengan kasar.

“Tak pe, kalau aku ada nangis nanti. Aku akan call kau.” Sambungnya lagi. Memang psiko Liyana ni! Danisha sudah merengus kasar. Aku betul-betul, dia pulak yang main-main. Dongkol hati Danisha kegeraman.

Tiba-tiba Liyana menekan butang interkom. Ada sesuatu yang hendak disampaikan kepada Sally.

“Yes bos?” Aik? Sejak bila pula Sally ni sopan. Biasa dia, selalu saja sakitkan hati aku. Dah insaf ke? Jahat sungguh hati Liyana berbisik.

“Masuk!” Arah Liyana sepatah kemudian menekan butang interkom.

Beberapa saat kemudian, muka Sally terjengul. Dia melangkah masuk kemudian menuju ke meja Liyana.

“Kejap.” Ucap Liyana kepada Sally. Liyana segera mengambil kertas yang berada di atas mejanya. Dia menulis sesuatu sebelum diserahkan kepada Sally.

“Aku nak kau cari budak ni.” Ucapnya lagi. Sally membaca kertas yang diberikan oleh bosnya sebelum mengangguk tanda mengerti.

“Oh ya bos, next week, on Monday, bos ada annual dinner dengan Syarikat Lifesta.” Beritahu Sally.

“Ok. You may go now.” Sally mengangguk kemudian berlalu pergi.

“Aku pun dah nak pergi ni. Jangan lupa makan ubat.” Danisha berkata.

“Kau tak payah risau. Sebotol tu jugak aku boleh habiskan malam ni.” Sengih Liyana. Danisha memandangnya dengan pandangan yang tajam.

“Kau jangan nak buat kerja gila Liyana!” Marah Danisha sambil mencubit lengan Liyana. Kebetulan pulak tangan Liyana berada di atas meja. Dia mengaduh sakit.

“Mak ketam!” Kutuk Liyana. Kemudian pecah tawa mereka berdua.

“Oklah. Aku blah dulu. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.”

Danisha melambaikan tangannya ke arah Liyana. Liyana membalas. Huh, nasib baik penyakit schizophrenia Liyana masih di peringkat awal. Ya Allah, kau sembuhkanlah kawanku. Dia sudah cukup menderita. Doa Danisha di dalam hati kemudian mengeluh lemah.