Genre: Fantasi.
AKU??
Seorang vampire yang sudah hidup ratusan tahun dan tahun ini aku akan
melangsungkan perkahwinanku dengan tunang aku yang bernama Daniel. Hoho, umur
ratusan tahun baru nak kahwin, masa umur muda-muda dulu tak nak pula nak sebut
pasal kahwin-kahwin ni. Ok! Ayat tak menahan. Tapi apa-apa pun muka aku ni
tetap maintain tahu tak?!
Okay, back to the story again.
Malam itu aku telah dikejutkan dengan satu berita yang menyedihkan iaitu
tentang kehilangan Daniel. Aku pun apalagi, sedih tak terkata beb! Menurut
ayahku, David…
David:
Kebolehan, menjejaki sesiapa sahaja yang hilang serta boleh membunuh dengan
hanya menggunakan perasaannya. Kelemahan pula, David tidak boleh mendengar
rayuan daripada isterinya.
…kemungkinan
besar Daniel berada di Demon Land yang terletak di atas gunung Snowdev. Mak ai!
Jauhnya si Daniel tu. Kalau nak menghilangkan diri tu pun agak-agaklah wei.
Sudahlah gunung snowdev tu tebal dengan salji. Mahu beku badan den tahu tak.
Fuh! Sempat juga aku ni merungut. Macam tak sayang Daniel saja bunyi dia.
“Ayah
nak kamu cari Daniel sampai dapat. Apa-apa perkembangan ayah akan sampaikan
kepada kamu melalui Zen.” Ujar ayahku dengan riak mukanya yang risau.
Zen:
Kebolehan, bertukar daripada bentuk vampire kepada burung hantu yang berwarna
putih untuk menyembunyikan dirinya daripada terancam.
“Baik
ayah.” Aku menganggukkan kepalaku beberapa kali tanda faham. Kemudian berlalu
pergi untuk mencari Daniel. Maka bermulalah episod pencarian Daniel. Ceh! Boleh
tak kalau ayat tu tak payah nak poyo sangat.
BUKK!!
Adoi!
Nasib baik tulang-belulang aku ni tak patah, kalau patah kan dah susah. Ayah ni
pun satu cubalah bagi aku naik kapal terbang ke, jet pejuang tu ke. Ini tidak
suka hati dia saja hantar aku melalui orang suruhan dia tu. Dahlah si Lopey ni
main hentam je nak campak aku. Habis belakang aku sakit!
Lopey:
Kebolehan, sangat cekap menghantar sesiapa sahaja dan sangat kuat memerangi
musuh sehingga mati.
Dengan
perlahan-lahan aku berdiri kerana belakangku yang sakit dan menjadi penghalang
untuk aku berdiri dengan cepat tetapi terhenti apabila merasakan ada dua pasang
mata yang sedang memerhatikan aku dari arah belakang.
“Root
devil!” Tegas aku mengarahkan akar-akar daripada tanah untuk mengunci semua
pergerakan dua vampire yang datang entah dari mana. Aku tahu mereka adalah
golongan vampire kerana aku dapat menghidu darah daripada tubuh mereka. Aku
menghadap dua vampire itu dengan senyuman sinis yang terukir di wajahku.
Kelihatan
dua vampire itu sedang berusaha untuk melepaskan diri daripada cengkaman
akar-akar itu. Kau tak akan dapat melepaskan cengkaman akar tu melainkan aku
sendiri yang melepaskannya, dengan bangganya aku berkata di dalam hati.
Tidak
lama kemudian, perasaan bangga yang berada di dalam diriku hilang berkecai
begitu sahaja apabila melihat akar itu diseliputi dengan ais. Apa sudah jadi?
“Glassyice!”
Ujar vampire itu. Akar yang diseliputi oleh ais itu sudah pecah berderaian di
atas tanah seperti kaca. Aku hanya mampu melihat vampire itu kemudian aku
mengalihkan pandangan kepada vampire yang seterusnya.
“Green!”
Ucapnya kemudian kelihatan banyak daun-daun hijau mencengkam akar itu dengan
kuat. Beberapa saat kemudian, akar itu terputus daripada mencengkam tubuhnya.
Woh! Hebat jugak diorang ni. Aku mencebikkan bibirku tanda tidak puas hati.
Aku
melihat mereka yang sedang berjalan menuju ke arahku. Aku mula merasa takut dan
aku amatlah yakin bahawa warna mata aku sudah bertukar kepada warna emas
menandakan aku sangat takut dan terancam. Apabila aku merasa sedemikian aku
tidak dapat lagi menggunakan kuasaku sepenuhnya akibat ketakutan.
Aku
mengundurkan diri setapak demi setapak apabila melihat mereka semakin
menghampiriku. Aku hanya mampu menelan air liurkan yang terasa pahit. Alamak!
Matilah aku, bisikku di dalam hati apabila merasakan belakang badanku terkena
sesuatu yang keras. Aku memandang sekilas. Pokok. Bingo! Jalan mati.
Mereka
berhenti betul-betul di hadapanku sebelum aku menutup mata. Adakah ini
kesudahan hidup aku? Aku tertanya-tanya di dalam hatiku. Kemudian membuka
sedikit mataku untuk mengintai mereka dan kelihatan salah seorang daripadanya
sedang menghunuskan pisau kecil ke arahku kemudian membaling pisau kecil itu ke
arahku. 1… 2… 3… Sudah masanya aku menemui ajalku. Selamat tinggal Vampire
Land.
Lama
aku menunggu pisau kecil itu menusuk ke dalam hatiku. Aik? Lama pula aku
tunggu. Ini tak boleh jadi ni. Aku penat-penat berdrama sketsa sedih, tiba-tiba
sahaja tidak jadi. Aduhai, memang siot lah aku ni.
“Maafkan
kami berdua cik muda kerana membuatkan cik muda takut,” Ujarnya sambil
tersenyum segak. Ok, aku ni muda lagi ke? Umur pun dah meningkat naik level
seratus pun dikira muda lagi ke? Ini perli ke apa mamat vampire ni. Sudahlah
rahsia aku mereka tahu! Buktinya mereka tahu apabila warna mataku berubah
setiap masa. Tak guna! Aku sudah membuat gaya menyepak. Ceh! Gaya je lebih aku
ni padahal yang aku tendang tu angin. Hampeh.
Aku
memandang mereka yang sedang tersenyum melihat gelagatku. Senyum aje mamat
vampire ni, sekali aku sumbat dengan kayu pokok tu baru padan muka! Tapi
handsome juga diorang berdua ni. Ok, perangai gatal aku dah datang. Rasa macam
nak tikam je diri aku ni, tak habis-habis dengan perangai handsome aku ni.
Kalau Daniel dengar memang mampuslah jawabnya. Aku mengeluh kecil.
“Introduce.” Arahku sepatah kepada mamat
vampire itu. Mereka menganggukan kepala tanda mengerti dengan arahan aku.
“Saya
Leo dan ini Willi. Cik muda tak pa…” Bicara mereka terhenti seketika apabila
aku sudah potong que. Hehe..
“Cik
muda… cik muda… boleh tak korang tak payah panggil aku cik muda? Sebab umur aku
ni dah mencecah ratusan tahun. Naik bebulu pun ada telinga aku ni.” Kataku
dengan bahasa yang tidak formal. Alah, tak payah nak fikir sangat bahasa formal
tu. Buat pening kepala je.
“Oh,
okay.” Mereka berdua tersenyum.
“Siapa
kamu ni sebenarnya?” Hah! Tu dia… ayat direct aku dah keluar. Aku ni bagus
sikit orangnya, tak payah nak berbunga sangat kalau nak bercakap atau menyoal
tu. Sorry, aku angkat bakul sedikit ya?
Mereka
seperti biasa hanya tersenyum melihat aku. Kemudian mamat vampire ni terus sahaja
membuat bow di hadapanku. Ok! Gentleman jugak diorang ni. (-__-) Aaah..! Pedulikan semua tu, yang penting aku
mahu tahu siapa diorang ni dan kenapa mereka boleh sampai di sini dan tepat
berdiri di hadapanku!
Selesai
membuat bow, Willi terus membuka mulut, “Seperti yang cik Venissa lihat, kami
di sini adalah atas kemahuan ayah cik Venissa, Mr David.” Terangnya. Oh, ayah
punya kerja rupanya. Ceh! Bersepah pulak orang-orang suruhan ayah ni.
Maklumlah, pemerintah Vampire Land lah katakan.
“Shall
we, cik Venissa?” Soal Leo kepadaku. Aku menaikkan sedikit keningku kerana
bingung dengan pertanyaannya. Nak ke mana pulak ni?
Apabila
Leo dan Willi melihat wajahku yang kebingungan, terus sahaja mereka menjelaskan
bahawa mereka ingin mebawa aku ke suatu tempat untuk ku diami buat sementara
waktu sebelum Daniel dijumpai. Ok, aku memang bengap semacam, lambat sangat nak
pick-up.
Baru
tiga tapak melangkah, tiba-tiba seseorang menarik aku dengan kasar dan
membuatkan badanku terkebelakang. Habis semua anak-anak rambutku menutup mataku
dan membuatkan aku susah untuk melihat apa yang sedang terjadi. Tak guna betul!
Siapa pulak yang tarik aku ni?
“Jangan
bergerak cik Venissa. It’s me, Leo.” Terus kaku badanku apabila aku merasakan
jarak kami sangat dekat tambahan pula aku dapat merasakan hembusan nafasnya di
telingaku. Apabila aku langsung tidak bergerak, Leo menarikku dan membuatkan
kedudukan kami semakin dekat. Aku dapat merasakan bahawa aku sedang bersandar
di dadanya. Berdebar pulak aku rasa. Wohoho, ini dah lebih ni Leo. Nak saja aku
pijak kaki dia ni. Geram pulak aku rasa.
“What
happ…” Baru pun aku meluahkan pertanyaan, tiba-tiba sahaja Leo dan Willi
membuat teleport sehingga aku terjerit kecil kerana terkejut dengan tindakan
mereka yang melulu dan kini kami bertiga sudah bersembunyi di balik pokok yang
besar.
Aku
sudah menjeling dua mamat vampire itu menandakan aku geram yang teramat sangat
kerana suka membuat ‘surprise’ kepadaku. Aku menoleh ke arah mereka yang sedang
sibuk memerhati sesuatu sehinggakan kewujudanku pun mereka tidak peduli. Ini
sudah lebih bro!
Apabila
tahap kesabaranku sudah habis, dengan selambanya aku memijak kaki si Leo
memandangkan dia sahaja yang paling dekat denganku. Ok, hajat nak pijak kaki
dia sudah tercapai. Manakala si Willi pula terselamat daripada di pijak olehku.
Leo
mengaduh sakit seraya memandang aku dengan perasaan geram, “Apa yang cik cuba
buat ni?” Dia bertanya. Habis berkerut wajahnya yang handsome itu.
“Aku
saja nak main dengan kau.” Ujarku.
“Sengaja
atau tak sengaja?” Dia bertanya lagi masih dalam keadaan hormat.
“Sengaja.”
Jawabku sepatah dengan riak yang selamba. Biar sakit hati kau tu. Eh? Vampire
ada perasaan ke? Biasa spesis macam kami ni tak ada pula perasaan. Bak kata om
putih, heartless gitu. Aah! Apa-apa ajelah.
Leo
bengang mendengar jawapan yang terluah daripada mulutku sambil mengecilkan
matanya. Dia menggeleng beberapa kali sebelum menoleh ke tempat tadi. Padan
muka. Sudahnya perasaan bosan menguasai diriku, aku juga turut serta menoleh ke
tempat yang di maksudkan. Aik? Kosong? Apahal pula mereka duk pandang
tengah-tengah hutan tu? Entah-entah mereka ni kurang waras kut? Gila!! Takutnya
aku. Nanti tak pasal-pasal aku pula yang kena habuannya.
Dengan
perasaan takut, aku sudah berdiri dengan perlahan-lahan tetapi terbantut kerana
ada tangan yang menghalang aku daripada meneruskan niatku itu. Cewah! Sesedap
rasa je si Leo ni pegang tangan aku. Tak cukup dengan itu dia segera menolak
tubuhku sehingga membuatkan aku tersandar di batang pokok. Aku mengaduh sakit.
Ok! Aku tipu je. Sebenarnya dia tolak tak sakit pun. Lembut je si Leo ni tolak
aku.
“Musuh
dah dekat. Cik Venissa jangan risau sebab kami dah suruh orang-orang kami
datang ke mari.” Ujarnya. Aik? Buat teleport ke apa diorang ni?
Aku
mula mendiamkan diri dan sedang berfikir. Apasal pula aku tak boleh rasa ada
musuh nak datang. Biasa aku ok je. Aku sudah mengerutkan wajahku. Tiba-tiba aku
terfikir sesuatu, atau jangan-jangan aku sudah…
Aku:
Kelebihan hanya dapat merasakan kedatangan musuh tetapi akan hilang begitu
sahaja jika orang yang dicintai atau disayangi terlalu hampir.
…jatuh
cinta dengan mamat ni tak? Tak mungkin. Tak mungkin. Mustahil sungguh. Aku
melihatnya dari sisi sambil menggeleng-gelengkan kepalaku beberapa kali. Mahu
tercabut pula kepala aku ini. Tiba-tiba Leo memandang aku kehairanan. Mungkin
hairan sebab aku menggelengkan kepala. Jangan-jangan dia ni sudah me-label aku
minah gila tak? Ok, selalu aje buruk sangka. Memang tak boleh pakai langsung
perangai aku ni.
Aku
kaku apabila angin petang yang mendayu-dayu memukul wajahku dengan lembut. Aku
berdiri tegak sehingga membuatkan Leo dan Willi kehairanan dengan perbuatanku
yang tiba-tiba. Aku memejamkan mataku seketika kemudian menghidu bauan angin
itu. Adakah si dia sudah datang? Aku tertanya-tanya dan sekali lagi menghidu
bauan angin itu untuk memastikan. Ya, tepat sekali! Aku sangat pasti.
Terus
sahaja aku berlari ke tengah-tengah hutan tebal ini. Dengan rakus aku
me-nyahkan ranting-ranting dan dedaun yang menghalang penglihatanku. Leo dan
Wili pula sedaya upaya mengejar aku dan aku dapat merasakan mereka sangat risau
tentang aku. Aku pula tidak peduli dengan mereka yang penting aku berjumpa
dengan si dia.
Aku
berhenti betul-betul di tengah hutan sambil menghidu sekali lagi. Semakin hampir
aku rasakan kemudian mataku melilau mencari kelibatnya.
“Daniel!
Daniel! Mana awak?” Aku menjerit.
Aku
melangkah setapak demi setapak kemudian aku terdengar ada suara di balik semak.
Aku menghampiri semak itu dengan perlahan-lahan. Nampak sangat aku tu ragu-ragu
kan? Nyehehe.
“Are
you there Daniel?” Soalku sambil tanganku sudah siap sedia untuk menyentuh
semak itu.
Apabila
jarak tanganku dan semak itu hanya seinci, tiba-tiba Leo menjerit memanggil
namaku sekaligus membuatkan tanganku berhenti daripada menyentuh semak itu. Aku
berpaling menghadapnya. Haish! Apa hal pula mamat gila ni. Aku sudah menjerit
kegeraman di dalam hati.
“Apa
lag…” Terus aku ditarik kasar menjauh semak itu oleh Leo tanpa sempat aku
menghabiskan kata-kataku.
“Tak
guna!” Jerit Daniel. Terhinjut bahuku apabila mendengar suara Daniel yang
menjerit dan menyebabkan aku terkebelakang sedikit. Pada masa yang sama aku
terdengar suara orang yang mengaduh sakit. Aku menoleh sekilas. Leo sedang
menahan kesakitan. Kemudian perlahan-lahan aku menundukkan kepalaku. Mak ai!
Aku terpijak kaki si Leo ni lagilah. Adoyai!
“Maaf
tak sengaja.” Aku berbisik antara dengar atau tidak. Leo berdehem.
Aku
berpaling menghadap Daniel. Dia sedang menahan amarahnya yang sudah
membuak-buak. Takkan cemburu kot?
“Daniel.”
Aku menyebut namanya.
“Gara-gara
bangsat tu aku tak dapat nak bunuh kau!!” Jeritnya bagaikan orang yang hilang
kawalan seraya menunding pedangnya tepat ke arah Leo. Aku terkesima dan
terkejut mendengar butir bicara yang terluah daripada mulutnya.
“Ini
bukan Daniel yang aku kenal. Kenapa dia kasar sangat?” Aku menggumam seorang
diri.
“Kenapa
awak macam ni?” Soalku ingin tahu tentang perubahannya yang mendadak itu.
“Aku
tak kenal kau! Aku benci kau! Yang penting sekarang ni, aku nak bunuh kau!!”
Ujar Daniel dengan kasar. Aku sudah kaku mendengar ucapannya.
“Padan
muka kau betina!” Ucap satu suara. Aku menoleh ke arah suara itu dan kelihatan
Lily sudah memunculkan dirinya dari arah belakang Daniel. Aku hairan. Tapi
kenapa?
Lily:
Raja kejahatan.
“Kenapa?!”
Aku menjerit bagaikan tak cukup akal. Meletus tawa Lily apabila aku
mengutarakan soalan itu. Jelas sekali tawanya itu kedengaran sangat jahat di
telingaku.
“Hei
bodoh! Daniel tu kekasih aku sejak dulu lagi, kalau kau nak tahu dia hanya
berpura-pura mencintai kau dan sanggup bertunang dengan kau sebab apa?! Sebab
dia nak Vampire Land tu jatuh di tangannya, kalau dia tak bertunang dengan kau
Vampire Land tu tak akan jatuh ke tangan Daniel! Sebenarnya benda ni simple je.
Kalau Daniel berjaya bunuh kau, maka secara automatik Vampire Land itu jatuh
kepada pemerintahan Demon Land iaitu aku, queen Lily. Kasihan kau Venissa!”
Terang Lily dengan senyuman sinisnya.
“Tak
guna!!” Aku menjerit sekuat hati. Terasa diri ini dipermainkan oleh permainan
murah ini. Buang masa aku saja nak bertunang dengan si bedebah ni! Aku sudah
mula menyumpah seranah mereka.
Tanpa
membuang masa Daniel terus menyerangku dengan pedangnya. Aku tersenyum sinis.
Bunuhlah aku kalau kau berani Daniel. Aku terus mengeluarkan kuasaku iaitu
kuasa ‘dupre’ yang boleh mengeluarkan banyak patung yang menyerupai seperti
aku. Warna mataku pula sudah bertukar menjadi merah gara-gara marah yang tidak
dapat ku bendung lagi.
“Bangsat
kau Venissa!” Kata Daniel apabila serangannya tidak mengenai aku malahan
serangannya itu hanya mengenai patung yang menyerupai seakan-akan aku. Kurang
ajar! Berani dia mengata aku bangsat?! Memang biadap sungguh jantan ni!
Tanpa
membuang masa Daniel berlari sepantas kilat untuk menyerangku dengan
menggunakan pedangnya. Aku pula sudah berdiri tegak untuk menghadapnya. Apabila
jarak Daniel dan aku semakin hampir, aku sudah menghalakan kedua tapak tanganku
ke bawah.
“Root
devil!” Habis akar-akar dari bawah tanah keluar dengan rakus lalu mencengkam
kaki Daniel dengan kuat. Daniel terus menjerit kesakitan seraya anak-anak buah
Leo datang beramai-ramai untuk memerangi anak-anak buah Lily. Tidak cukup
dengan itu aku segera meletakkan tangan kananku ke atas tangan kiri, menjadikan
akar-akar yang besar itu terlilit sekaligus membuatkan Daniel tercampak ke
tanah dengan kasar. Dia mengerang kesakitan.
Hutan
yang besar itu sudah di penuhi dengan suara-suara bingit. Mereka mula menyerang
sesama sendiri. Aku sudah tidak sanggup melihat situasi kini. Yang penting aku
mahu mereka berdua dan anak-anak buahnya mati di tanganku. Itulah tekadku.
Aku
mengundurkan diri apabila keadaan semakin rumit tanpa melihat kehadapan.
Tiba-tiba sahaja aku terjelopok ke tanah.
“Lemah
betul kau ni kan Venissa?” Ujarnya sambil di iringi dengan gelak ketawa yang
jahat. Aku memandangnya dengan pandangan yang tajam. Kemudian mataku beralih
kepada Daniel yang sedang tersenyum sinis.
Aku
merasakan seperti diri ini menjadi ejekkan mereka berdua. Aku menutup mataku
seketika. Terbayang-bayang wajah Daniel yang kecil lagi comel itu di matanya.
Imbas
kembali…
“Awak,
sudah besar nanti kita kawin ya?” Daniel sudah senyum sinis tetapi comel pada
pandangan mataku sambil memberikan bunga rose merah kepadaku.
Aku
hanya mengangguk-anggukkan kepalaku sambil tersenyum comel. Kemudian mengambil
bunga rose itu daripada tangannya.
Berakhir…
Kau
sudah permainkan aku Daniel. Sanggup kau tipu aku! Aku tak akan maafkan kau.
Aku membuka mataku apabila perasaan marah sudah menjadi raja di hatiku. Dengan
pantas aku terus mengarahkan akar-akar yang besar daripada tanah untuk mengunci
pergerakkan mereka berdua. Kemudian, tanpa membuang masa aku terus menggerakkan
kedua tanganku dengan pantas sehingga tanah yang mereka pijak itu terbelah dua.
Aku
menggunakan kuasa teleportku dan menolak mereka dengan kasar sehingga terjatuh
ke dalam tanah. Tetapi malangnya, aku tersungkur akibat Lily memegang kakiku.
Nasib baik aku sempat berpaut daripada akar besar itu.
“Kau
tak boleh hidup Venissa. Kau akan mati bersama kami.” Masih lagi Lily berdegil.
Apabila pegangan tanganku tidak cukup kuat, aku sudah terjerit kecil kerana
terjatuh bersama Lily dan Daniel. Tetapi hanya seketika, kerana ada seseorang
memegang tanganku kejap. Fuh!
Aku
di tarik ke atas kemudian tanah tadi yang terbelah dua itu sudah bercantum
semula. Aku terbatuk kecil kerana aku menggunakan kuasaku yang sangat banyak.
Mataku melilau di sekeliling hutan itu dan ternampak dua orang anak buah Lily
yang masih lagi hidup. Aku menoleh ke arah mereka. Mataku sudah berubah warna
hitam dan irisku berwarna merah menandakan aku sedang memberi amaran. Dengan
perlahan-lahan mereka berundur kemudian hilang bagaikan debu. Aku mengeluh
lesu.
Perlahan-lahan
aku mendongak untuk melihat siapakah yang sudah menyelamatkan aku. Huh! Si Leo
ni lagi. Asyik-asyik dia saja yang menyelamatkan aku. Geram betul. Tak ada
orang lain dah ke? Venissa… Venissa… Memang tak tahu di untung langsung.
“Terima
kasih.” Ucapku kepadanya sambil tersenyum manis.
“Sama-sama.”
Dia tersenyum hambar.
ADUH!
Sakitnya. Tak guna betul pisau ni. Habis darah aku keluar. Itulah kau Venissa,
nak tunjuk kuat sangat dekat anak kau tu. Alih-alih kau pula yang dapat
‘hadiah’-nya. Ini semua gara-gara nak tunjuk terror dekat anak.
“Mama
ok ke?” Tanya anak perempuanku dengan perihatin.
“Mama
ok sayang.” Jawabku dengan senyuman manis.
“Anna
panggil papa ya?” Belum sempat aku menjawab terlebih dahulu dia sudah berlari
mendapatkan papanya. Aduhai, anak aku ni bertuah sangat. Sudahlah papa kau tu
tak boleh hidu bau darah mama yang manis ni, nasib-nasib boleh tinggal separuh
je darah mama ni kalau papa kamu tu hisap darah mama.
Aku
segera membuka paip air. Tidak mahu dikesan bau darahku oleh si suami. Walhal,
aku memang sudah tahu yang dia tu sudah boleh hidu darahku dari jauh. Memang
hebat!
“What
happened?” Bisik seseorang sambil menutup paip kembali paip air. Aku menelan
air liurkan. Hampir bebenor dia ni berbisik sehingga aku boleh dengar deruan
nafasnya.
Aku
menoleh ke arah darahku yang menitik di sinki tandas. Banyak sungguh
kuantitinya.
“Tak
ada apa-apa. Awak boleh keluar sekarang.” Halauku kepada suami tercinta. Memang
kejam betul aku ni.
Ok!
Sayangku ini tidak mahu berganjak walau sedikit pun di sebabkan darah aku ini.
Kenapalah taste diorang ni darah? Aku pula bukan peminat darah. Memang aneh
betulkan aku ni?
Dia
memegang tanganku yang tercedera dengan berhati-hati. Segera aku menepis
tangannya. “Tangan tu jangan gatal sangat boleh tak?” Dia tersengih. Kemudian
dengan selambanya dia sudah membenamkan wajahnya ke leherku. Aku takkan
melepaskan peluang dengan membiarkan Leo menghisap darahku. Leo?! Ops! Aku
terlepas cakap ke? Okaylah, sebenarnya si Leo ni adalah suami ku. Benar jugak
telahan aku tu yang aku ni jatuh cinta dengan mamat Leo. Orang suruhan ayah
boleh jadi suami aku. Ha.. Ha.. Ha.. Mantap!
Tanpa
membuang masa, aku memijak kakinya. Dia mengaduh sakit sambil merengus kasar.
“Sengaja!”
Ujarnya. Aku hanya ketawa melihat perangainya yang suka merajuk itu. Memang Leo
sudah masak dengan ‘tag-line’ yang aku selalu guna itu. Pintar juga suami aku
ni.
“Sayang…”
Leo memanggil aku yang sedang sibuk mencuci luka di tangan.
“Hmm?”
Leo memeluk aku dari belakang sehingga dapat aku rasakan deruan nafasnya yang
hangat.
“I
love you.” Aku tersenyum.
“I
hate you too.” Laju sahaja aku menjawab. Memang aku suka usik dia. Terus sahaja
dia pandang aku dengan muka masam.
“Sayang
ni kan…” Aku ketawa senang hati. Comel je aku tengok dia ni.
“Gurau
je. I love you more sayang.” Ujarku sambil memegang pipinya. Kemudian aku
mencium dahinya, pipinya, matanya dan semua lah. Erk? Maksud aku semua tu, yang
ada kat wajah dia saja.
“Hish,
rimaslah sayang!” Ujar Leo berpura-pura marah.
“Rimas?
Sebenarnya sayang suka kan? Ek..eleh. Ngaku je.” Aku tersenyum manis dan sekali
lagi aku mencium pipinya. Dia mengangguk tanda setuju dengan statement ku itu.
Semoga kebahagiaan menjadi milik kami selama-lamanya.
TAMAT
